in , ,

AJL 37 Lebih Meriah Dengan Kehadiran Penaja Alha Alfa Cosmetics

Anugerah Juara Lagu 37 (AJL 37) pada tahun ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran Alha Alfa Cosmetics selaku penaja utama.

Alha Alfa Cosmetics merupakan syarikat peneraju industri kosmetik organik yang memperkenalkan penjenamaan Alha Alfa Cosmetics dengan formulasi yang bebas daripada bahan berbahaya dan berisiko.

Tahun ini, Alha Alfa Cosmetics akan menghangatkan acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu. Anugerah berprestij ini bakal melangsungkan edisi ke 37 pada 12 Februari 2023 (Ahad), bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my,

Kehadiran Alha Alfa Cosmetics sudah tentunya memberi keceriaan kepada para finalis AJL 37 untuk tampil lebih anggun dengan lebih 100 jenis produk kosmetik yang sesuai untuk solekan tema AJL 37 iaitu ‘Dimensi Muzik’ dan seiring pula slogan Alha Alfa Cosmetics iaitu ‘Perbezaan Itu Adalah Keunikan Kita’.

Dato’ Sri Alha Alfa (1)

Alha Alfa Cosmetics diasaskan oleh seorang usahawan muda yang sangat dikenali dikalangan selebriti serta jurusolek terkenal tanah air, iaitu Dato’ Sri Alha Alfa atau nama sebenar beliau Dato’ Sri Abdul Al Halim Al Fadzil. Di usia yang muda, beliau telah menjadi ikon kepada ramai jurusolek kerana kejayaan beliau di dalam bidang pengeluaran produk kosmetik dan membina empayar perniagaan menerusi penjenamaan Alha Alfa Cosmetics. 

Nantikan acara paling berprestij Anugerah Juara Lagu 37 yang dibawakan oleh Alha Alfa Cosmetics pada 12 Februari 2023 (Ahad), bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my,

Sidang produksi AJL 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #AJL37 dan #roadtoAJL37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. 

Mengenai Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd

Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd diasaskan oleh pengasas & jurumekap profesional tanahair iaitu Dato’ sri Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil. Beliau menggalas empayar ini bersama-sama tulang belakang 2 figura penting iaitu Encik Mohd Al Fareed Mohd Al FAdzil selaku Pengarah Urusan di dalam Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd dan Dato’ Syamsul Amry Bin Hussin selaku Ketua Pegawai Kewangan. Dato’ Sri Alha Alfa telah meletakkan satu fenomena yang berbeza di dalam dunia pemasaran produk kosmetik. Berbekalkan tagline pemasaran iaitu Perbezaan Itu Keunikan Kita, produk Alha Alfa Cosmetics sekaligus membawa mesej penting tentang kelebihan setiap produk Alha Alfa Cosmetics dan ia berjaya menembusi pasaran di serata tempat di Malaysia dengan sekaligus membina empayar perniagaan yang cukup disegani.

Bermula sekitar 6 tahun sebelumnya, Alha Alfa Cosmetic telah memasarkan beberapa jenis produk asas solekan yang telah menambat hati pengguna di Malaysia sehingga melahirkan pelbagai jenis produk solekan yang berkualiti tinggi dan mampu milik. Selain daripada itu produk penjagaan kulit juga kini telah dipasarkan. Kewujudan produk Alha Alfa Cosmetics di pasaran bukan lagi asing apabila ramai di kalangan selebriti, jurumekap professional tanahair, dan mereka yang gemar bersolek sering meletakkan produk Alha Alfa Cosmetics adalah pilihan utama di dalam rangkaian koleksi peribadi masing-masing.

Sepanjang penglibatan dan penubuhan jenama Alha Alfa Cosmetics di Malaysia, pelbagai pencapaian telah diraih. Pada tahun 2018/2019, Alha Alfa Cosmetics menggariskan jenama nya selaku penaja utama selama 2 tahun di Anugerah Bintang Popular Berita Harian TV3. Pengiklanan dan promosi produk Alha Alfa Cosmetics turut dijalankan melalui segment bual bicara di program Wanita Hari Ini, TV3 dan juga beberapa program lain seperti Selamat Pagi Malaysia RTM juga stesen TV Astro. Rentetan itu, Dato’ Sri Alha Alfa Cosmetics telah berjaya menerbitkan sebuah program realiti yang berkonsepkan solekan dan tatarias. Malaysia Top MUA. adalah program yang berdurasi 30 minit, 10 episod dan ia telah disiarkan di Stesen TV Astro pada tahun 2020. 

Bukan itu sahaja, pencapaian jenama Alha Alfa Cosmetics juga menjadi bualan media di kalangan usahawan sehingga mengangkat produk ini antara yang berjaya di arena kecantikan & solekan. Malaysia Prestigious Industry 2019 mengangkat nama Alha Alfa Cosmetics sebagai produk yang diyakini di dalam 3 kategori pencapaian yang berbeza iaitu [Most Trusted Cosmetic Brand], [Young Intrapreneur Of The Year 2019] & [Prestigious Entrepreneur Of The Year 2019] dan yang terbaru, Leading Entrepreneur Beauty and Cosmetic Award 2022. 

Selain daripada itu pencapaian pengiklanan secara mega untuk penjenamaan penjenamaan Alha Alfa Cosmetics juga telah dilancarkan di serata tempat. Di antara lokasi yang menjadi tumpuan kempen penjenamaan mega ini adalah Station MRT Pasar Seni, yang memaparkan produk-produk dan pemilihan warna yang membentuk semula kepada hala tuju tagline alha alfa cosmetics. Seperti cendawan tumbuh yang mekar di areana ini , cawangan seperti di Jakel Mall, IOI City mall, Pavilion Bukit Jalil dan Bangi Sentral antara pencapaian premis fizikal untuk Alha Alfa Cosmetics. Kewujudan pencapaian ini, membuka ruang kepada mereka untuk bersaing sekaligus membentuk kelompok agent & stokis yang terbaik. Rekod cemerlang Alha Alfa Cosmetics diteruskan lagi menerusi jualan di aplikasi TikTok, apabila berjaya membuat jualan mencecah RM1.7 juta ringgit, hanya menerusi lima sesi “Tiktok Live” di sepanjang Disember 2022 dan awal tahun 2023, sekaligus dinobatkan sebagai “Top FMCG Seller” di TikTok.

Jika di lihat dalam tempoh 6 tahun pembabitan Alha Alfa Cosmetics di dalam dunia perniagaan solekan dan kecantikan, ia mampu membawa jenama ini berkolaborasi dengan lebih maju dan melahirkan ramai anak didik yang berkemahiran di dalam dunia solekan. Dato’ Sri Alha Alfa juga telah berpengalaman lebih dari 10 tahun mengendalikan bengkel solekan secara peribadi dan juga dibawah anjuran Alha Alfa Cosmetics. Bengkel solekan ini juga telah mendapat tempat di luar Malaysia seperti Indonesia, Brunei & Singapura. Kemahiran beliau selaku jurusolek profesional mampu memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna untuk mereka yang ingin menjadikan kemahiran solekan sebagai profesion di masa hadapan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kongsi Foto Bersama Hawa Rizwana Cetus Spekulasi, Ini Penjelasan Zizan Razak

S Untuk Z – Siri Galaxy S Untuk Setiap Personaliti Gen Z, Memang Style!