in ,

Keriangan Menonton Program Terbaik Sambutan Hari Krismas di RTM

Keriangan sambutan Hari Krismas yang diraikan penganut Kristian pada 25 Disember ini memperlihatkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut menyajikan yang terbaik untuk mengisi hari cuti semua.

Tujuh program pelbagai genre menanti penonton setia saluran TV2 yang bakal mewarnai sepanjang dua hari anda iaitu pada 24 dan 25 Disember ini. Ia merangkumi tayangan filem, hiburan khas dan telemovie bertemakan sambutan Hari Natal. 

Filem Mission Impossible: Fallout I 24 Disember 2021 I 9:00 Malam

Sinopsis: Ejen Ethan bersama pasukan Impossible Mission Force (IMF). Namun kali ini mereka turut bekerjasam dengan penjenayah CIA, August Walker bagi menghalang niat penjahat John Lark yang ingin menggunakan nuklear untuk memusnahkan tiga teras plutonium untuk serangan nuklear serentak di bandar yang berbeza. Melihatkan pada senjata itu telah hilang, Ethan dan pasukannya berusaha untuk merampas kembali senjata berkenaan sebelum jatuh ke tangan yang salah. Yang pasti, masa adalah kunci segala-galanya.

Pelakon: Tom Cruise, Henry Cavil, dan Ving Rhames.

The Christmas Love Light | 24 Disember 2021 | 11:30 Malam

Sinopsis: Rancangan berkonsepkan ‘variety show’ hiburan, permainan (party games), memasak, persembahan puppet, vox-pop perayaan dan budaya sambutan perayaan di Sabah dan Sarawak. Dimeriahkan lagi dengan gandingan pengacara daripada Douglas Lim, Jasmine Suraya Chin, Mr Santa dan Elf.

Artis: Francissca Peter, Colour of Voices, Suki, Daniel Lee, kumpulan Paladin, Allen and Coconut, adik-adik Genius Koir, Deejay Traxx FM (DJ Aush, DJ Els, DJ Diyana), Francisca Luhong, Sangeetha dan Chef Brian.

Underneath Christmas Tree| 25 Disember 2021 | 8:30 Pagi

Sinopsis: Rancangan hiburan terbitan Unit Hiburan TV yang menampilkan lagu lagu terkini dan malar segar daripada artis terkemuka tanahair. Program berduriasi 90 minit dikendalikan oleh DK dan Doria Rachel Jolly. Melalui program ini penonton akan dapat mengikuti Program Khidmat Masyarakat (CSR) yang dijalankan oleh Traxxfm bagi membantu golongan yang memerlukan.

Artis: Jacylyn Victor, Zizi Kirana, Dr Soo Vincci, Shantish, Jay Jay, Resh, Russel Curtis, Ferona (Bintang RTM).

Telemovie: The Gift | 25 Disember 2021 | 1:00 Tengah Hari

Sinopsis: Mengisahkan masyarakat berbilang kaum yang tinggal bersama di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur yang hidup secara harmoni. Matthew, ahli perniagaan kaya dan sibuk dengan kerja di luar negara yang biasanya menyambut Krismas dengan meriah. Dia akan memberikan hadiah yang mahal kepada 3 orang anaknya. Bagaimanapun, disebabkan rusuhan di luar negara dia tidak dapat dihubungi. Jiran Matthew Abu, Muthu dan Ah Chong membantu mencari penyelesaian untuk menghubunginya. James pula baru sahaja kehilangan pekerjaan dan tidak mampu menyara keluarga dan terpaksa melakukan pelbagai kerja. Anak-anak James mengharapkan pemberian daripada bapa mereka. Pada malam Krismas, Matthew pulang ke rumah dengan pelbagai hadiah dan kraftangan. Apakah sebenarnya yang berlaku?

Pelakon: Anthoany Ferlous, Sharmini Ramesh, Loo Tung Seang, Tai Yoke Lin, S.Sahlan, Eliza Mustafa, Michael, dan Xavier Voon.

Joyful December | 25 Disember 2021 | 4:00 Petang

Program hiburan sempena sambutan Hari Krismas yang berlangsung di A Famosa, Melaka. Menampilkan barisan artis-artis yang hebat dengan nyanyian lagu yang sesuai sempena sambutan Hari Krismas. Gandingan 3 pengacara hebat iaitu Awal Ashaari, Thanuja Ananthan, Elspeth Dines (TraxxFM).

Artis : Jacylyn Victor, Zizi Kirana, Dr Soo Vincci, Shantish, Jay Jay, Resh, Russel Curtis, Ferona (Bintang RTM).

Chill It’s Christmas Time | 25 Disember 2021 | 9:00 Malam

Sebuah rancangan khas perayaan Hari Krismas yang menggabungkan sketsa 4 sahabat meraikan Hari Krismas bersama serta nyanyian lagu-lagu krismas yang menghiburkan.

Artis: Keith Foo, Adeline Tsen, Doriah Rachelle, Dj Elvin Traxx fm, Jaclyn Victor, Vince, Suki, Reshmonu, Daniel Sher.

Telemovie: A Christmas Hug | 25 Disember 2021 | 10:30 Malam

Sinopsis: John hilang percaya untuk menyambut Krismas dan cuba untuk tidak menyambutnya. John menghantar anak perempuannya, Josephine ke kampung setiap tahun supaya dia dapat mengelak meraikannya. Keadaan menjadi kacau apabila Josephine enggan mematuhi kehendaknya. Berlaku pertelingkahan di mana John tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyambut hari Krismas dan pada sama menjejaskan hati anaknya. Adakah John akan menemui makna sebenar Krismas dan berani untuk meneruskan? Adakah hasrat Josephine akan menjadi kenyataan? Adakah mereka akan mendapat “Krismas yang sempurna”?

Pelakon : Shweta Sekhon, Tony Eusoff, Natasha Charmaine.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Layla Sania

Layla Sania Cabar Diri Lancar Single Rancak Pertamanya Bersama Bunga Berjudul BAMBINO

TRAVEL

Telemovie The Gift Bertemakan Keluarga Malaysia Khas Krismas