Terbaru, pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun mendedahkan Puteri Sarah pernah menghubunginya untuk meminta nasihat berhubung isu rumah tangganya.
Puteri Sarah ketika itu mengakui masih sayangkan suaminya serta mahu mempertahankan rumah tangga mereka.
“Sebenarnya dah lama Puteri Sarah hubungi saya, tapi saya tak cerita, dia hubungi saya untuk dapatkan khidmat nasihat.
“Dia sudah berusaha di peringkat awal untuk menyelamatkan rumah tangganya. Dia tanya apa yang dia boleh buat..saya ada kongsikan doa serta zikir. Dia mahu mempertahankan rumah tangganya dan masih sayang kepada suami,” katanya.
Ustazah Asma’ berkata lagi, disebabkan kesibukan kerja mereka tidak berkesempatan untuk bertemu. Asma turut mendedahkan ramai artis mempunyai masalah rumah tangga menghubunginya.
“Sarah mengharapkan saya dapat berjumpa dia dengan suaminya. Saya kira ada hikmah dengan apa yang berlaku sekarang. Itulah perjalanan yang telah ditakdirkan.
“Bukan dia sahaja, sebenarnya ramai artis yang berdepan masalah rumah tangga dan menghubungi saya. Saya hanya mampu mendoakan dan memberi tips apa yang boleh diusahakan,” katanya.