in , , ,

Wanita Dedah Niat Mahu Jadi Isteri Ke-3 Syamsul Yusof 

Pendedahan wanita itu yang mahu ‘menyondol’ Ira Kazar dengan menjadi isteri ketiga Syamsul Yusof disambut baik oleh ramai netizen.

Pada Jumaat (6 Januari) yang lalu, rakyat Malaysia telah digemparkan pendedahan penerbit terkenal, Syamsul Yusof yang mengesahkan bahawa dia sudah berkahwin dengan wanita pilihannya iaitu Ira Kazar.

Perkara itu dimaklumkan oleh penerbit tersebut dalam satu video di Instagram miliknya.

Jelas Syamsul yang juga suami kepada Puteri Sarah Liyana, pernikahan antara dirinya dan Ira Kazar telah berlangsung di Thailand dan berwalikan bapa wanita berkenaan iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi.

Pengumuman itu secara tidak langsung telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai khususnya para wanita yang kecewa dan geram.

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok oleh @mexxrenn_ yang memasang niat untuk menjadi isteri ketiga penerbit itu sehingga mengundang perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, wanita itu memberi ‘peringatan’ kepada Ira Kazar agar bersabar kerana dia bakal menjadi madu kepadanya.

“Kau sabar jap Ira.

“Baru kau tahu macam mana rasanya laki (suami) kena rampas.

“Sabar guys (anda semua) tengah cari cara macam mana nak rampas Syamsul dari Ira,” kata wanita itu sambil berkongsi foto-foto dirinya.

Sedang berusaha untuk jadi isteri ketiga

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, katanya Ira akan tahu bahawa langit itu tinggi atau rendah dan dia sedang berusaha untuk menjadi isteri ketiga.

“Dia rampas kebahagian orang maka I akan rampas kebahagian penyondol itu,” katanya di dalam kapsyen.

Apa yang lebih mengundang perhatian kami, pendedahan wanita itu turut disokong oleh kebanyakan netizen yang turut bersetuju sekiranya dia mahu ‘menyondol’ Syamsul dari Ira.

Ada juga yang berdoa agar impiannya itu dipermudahkan hingga dapat menjadi isteri ketiga sekaligus bermadu dengan Puteri Sarah dan Ira Kazar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hop Into a Prosperous New Year with “HUAT-WEI” 

ARUMA

Aruma Lancar Single Pertama Berjudul Muak, Penat Dengan Janji Palsu?