Menerusi satu sesi live di TikTok, Tegar berkata bekas isterinya itu sudah pun hamil sebelum bernikah dengannya tiga tahun lalu.
“Selama tiga tahun baru tahu selama ini saya dibohongi, ya dia sudah ada anak (hamil) sebelum bernikah. Sebenarnya masa berjumpa dengannya iaitu sebelum kahwin dia sudah beritahu sudah hamil.
“Ketika itu selepas tiga hari kami berkenalan. Masa tu saya tak berfikir panjang. Mahu tak mahu hanya teruskan saja pernikahan,” katanya.
Ditanya oleh netizen siapa bapa sebenar kepada anaknya itu, Tegar menuduh dia adalah kekasih bekas isteirnya. Malah, Tegar sedia untuk melakukan ujian DNA.
“Anak siapa? Tengok Instagram Sarah ada photo kekasihnya nah mungkin anak dia.
“Saya suma tak sangka aja tapi itu Allah dah tentukannya. Belum test DNA tapi saya berani saja untuk lakukannya. Lagipun cuba tengok foto anak ada tak mirip saya?” soalnya.
Terdahulu, Tegar dan isterinya telah pun bercerai enam bulan lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Abidzar Oktoviano Putra Septian.