in

Konsert Jamming Sempena Ulangtahun TV9

Perubahan yang lebih segar TV9

Jadilah sebahagian daripada perubahan yang dilakukan oleh TV9. Penampilan yang lebih segar, kontemporari dan bertenaga khusus untuk penonton remaja kami yang sentiasa inginkan pembaharuan. ‘Sesi ‘jamming’ adalah salah satu daripada permulaan bagi kami untuk melakukan perubahan yang lebih segar.

Persembahan 5 jam yang berlangsung dari jam 5.00 petang hingga 10.00 malam ini di Pavilion menampilkan 7 kumpulan indie dan ‘underground’ yang diterajui oleh Aizat dan kumpulan Hujan yang dilabelkan sebagai ikon remaja bagi sesi persembahan ini.

Pengalaman dua pengacara berpengalaman iaitu Aidi Marcello dan Lydia Ibtisam juga pasti telah menceriakan lagi suasana jamming ini. Persembahan dimulakan dengan kumpulan AwanBand yang terkenal dengan lagu ‘Helah Maya’, diikuti dengan Gabba Gabba yang turut hit dengan lagu dalam drama Cita & Cinta TV9. Sesi ini diteruskan lagi dengan kumpulan Drama dan Grey Sky Morning yang sentiasa membawakan lagu berentak retro.

Awanband

Kehebatan muzik kumpulan indie golongan remaja ini disambung pada sebelah malam dengan kumpulan Pesawat pada jam 8.00 malam dan kemuncak persembahan dari Aizat dan kumpulan Hujan. Setiap kumpulan dan juga Aizat akan menyanyikan 4 buah lagu dan diakhiri dengan persembahan hebat Hujan sebagai penutup tirai persembahan pada jam 10.00 malam. Berikut adalah senarai lagu-lagu yang disampaikan oleh mereka :

1. AwanBand
Dramatik
Lintasan Bintang
Tunggu

2. Gabba Gabba
Lambat Layu
Raksaksa
Berdansa Bersama

3. Drama Band
Bad Romance
Cerita Dia
Babak Pertama

4. Grey Sky Morning
Ego
Pancaroba
Hilang Rasa Cinta

5. Pesawat
Excuse Me
Hitam
Mesti Mau

6. Aizat
Susun Silang Kata
Years From Now
Sungai Lui
Kau Dan Aku

7. Hujan
Muda
Inspektor Remos
Empire Mu
Mencari Konklusi

Pengunjung Pavilion yang hadir pada malam tersebut amat bertuah kerana dapat menyaksikan muzik video terbaru Hujan iaitu ‘Muda’ dan Aizat iaitu ‘Susun Silang Kata’ yang turut dilancarkan hari tersebut. Kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada para remaja ini perlu diberikan pendedahan kerana cara mereka adalah lebih unik dan ia memberi kelainan kepada TV9. Ini juga bagi para remaja untuk mengekspresi diri mereka dengan lebih kreatif dan inovasi dalam apa jua bidang yang diceburi.

Selain daripada sesi ‘jamming’, TV9 juga turut menganjurkan konsert GIG pada 9 dan 10 Julai yang membabitkan pertandingan antara kumpulan-kumpulan indie yang terdiri daripada para remaja yang kreatif, berbakat dan berpengalaman dalam bidang muzik. GIG tersebut akan diadakan di ICT, Shah Alam. Pada 9 Julai, lapan kumpulan indie akan bertanding bagi merebut tempat untruk meneruskan persembahan mereka pada keesokan hari. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai pertandingan hebat, pastikan anda sentiasa bersama kami menerusi promosi di kaca tv, laman web, penyokong setia Facebook TV9 yang sentiasa memberikan maklumat terkini pertandingan ini.

Jom jadi sebahagian daripada perubahan itu!

Gabba Gabba

Gabba Gabb

Drama

Drama

Grey Sky Morning

Grey Sky Morning

Pesawat

Pesawat

Aizat

Aizat

Noh Hujan

Noh Hujan

AG dan Noh

AG dan Noh

_DSC1293

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zulkifli Ismail Berjaya Berhenti Merokok

Layari Internet Lebih Laju Dengan Maxis Opera Mini