in , ,

Lima Fakta Tentang Islam di Negara Taiwan Yang Anda Perlu Tahu

Islam merupakan agama minoriti di Taiwan iaitu dalam anggaran 60,000 penduduk.

Walaubagaimanapun, terdapat hampir 250,000 pekerja asing beragama Islam – kebanyakannya terdiri dari warga Indonesia, Malaysia, Thailand dan Filipina. 

Terdapat juga segelintir dari negara Timur Tengah yang membuka restoran yang menyajikan makanan tradisi halal mereka di sana.

Lima Fakta Tentang Islam di Taiwan

Taipei Grand Mosque

Terdapat sekurang-kurangnya 11 masjid di seluruh Taiwan, dan yang perlu dikunjungi adalah Masjid Besar Taipei (Taipei Grand Mosque) – yang terbesar dan tertua di Taiwan. 

Taipei Grand Mosque merupakan satu dari dua masjid yang ada di Kota Taipei. Masjid ini menjadi rujukan banyak jamaah muslim dari seluruh dunia yang saat ini sedang tinggal di Taipei Taiwan untuk melaksanakan kewajibannya iaitu solat Jum’at.

Meskipun Taipei Grand Mosque terkenal megah dan besar, kadang-kadang pada satu masa, masjid tersebut tidak dapat menampung jamaah solat Jum’at. Ada sekitar 1000 jamaah lebih yang menunaikan ibadah solat jumat setiap minggunya.

Jika semasa Hari Raya idul fitri atau idul adha, jamaah masjid TGM terpaksa menutup salah satu ruas jalan di sekitar masjid TGM.

Islam di Taiwan sudah wujud sejak beberapa ratus tahun yang lalu. Perkembangan Islam di Taiwan bermula dari migrasi besar besaran salah satu suku di China daratan menuju Taiwan.

Tips: kunjunginya ketika waktu Solat Jumaat – persaudaraan yang terjalin sememangnya mengagumkan!

Setiap selesai solat Jum’at, pihak TGM (Taipei Grand Mosque) memberi kesempatan kepada penduduk muslim setempat untuk menjajakan produk makanan halalnya bagi jamaah solat jum’at.

Tahukah Anda :

1. Badan yang memberikan pengiktirafan akan makanan halal di Taiwan, adalah diberikan kerjasama oleh JAKIM, Indonesia dan Singapura? Meyakinkan, bukan? 

Lima Fakta Tentang Islam di Taiwan

2. Taiwan juga diiktiraf sebagai “Destinasi Inklusif Tahunan (bukan OIC) dalam majlis “Anugerah Pelancongan Halal 2022”!

3. Kebanyakan restoran berstatus halal di Taiwan, juga menjadi pilihan warga setempat yang bukan beragama Islam – menandakan kualiti juadahnya adalah terbaik!

Lima Fakta Tentang Islam di Taiwan

4. Sesetengah hotel juga menyediakan menu khas untuk penginap Muslim,  yang dihidang menggunakan pinggan mangkuk yang mempunyai logo halal.

Lima Fakta Tentang Islam di Taiwan

5. Kebelakangan ini, Kerajaan Taipei turut mensasarkan pasaran Muslim dalam bidang pelancongan perubatan terutama bagi sektor pengurusan kesihatan dan perubatan estetik dengan menggalakkan klinik dan hospital tempatan mendapatkan pengiktirafan status mesra Muslim dan sijil halal.

Lima Fakta Tentang Islam di Taiwan

Dapatkan lebih maklumat tentang Islam di Taiwan melalui akaun Facebook rasmi Tourism Bureau, YouTube and website. 

Lawati website rasmi Taiwan Tourism Bureau https://www.taiwan.net.my/ atau Facebook https://www.facebook.com/tbrockl/ atau hubungi 03-2070 6789 dari 9:00am – 5:30pm.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ASTRO

Yeay! Kini Dah Ada Empat Aplikasi Penstriman Baharu di Astro Ulti Box

Kotak Sumbangan Misi Banjir Media Prima Audio Bersama Giant Malaysia