Tahniah buat Netflix Indonesia yang telah sukses melancarkan sebuah filem original terbaharu berjudul THE BIG 4 hasil arahan sutradara terkenal, Timo Tjahjanto.
Budiey berkesempatan menemubual pelakon utama, pengarah dan penerbit filem bergenre aksi komedi ini saat filem ini dilancarkan.
Sebelum pelancaran, Netflix, perkhidmatan hiburan penstriman terkemuka dunia, telah mengeluarkan treler utama untuk filem komedi aksi THE BIG 4 dan ianya menerima sambutan serta komen yang cukup positif daripada pelanggan Netflix.
Treler video mendedahkan sekilas apa yang akan berlaku dalam filem ini. Seorang kanak-kanak dibawa ke sebuah rumah anak yatim, lalu sebenarnya tempat itu didedahkan sebagai tempat yang jahat.
Pergaduhan yang agresif dan pergaduhan senjata yang mendebarkan berlaku, di mana penonton diperkenalkan dengan watak utama yang pelbagai karakter: Pelor yang tidak bersalah, pakar letupan Alpha, penembak tepat mata Jenggo dan Topan adalah ketua.
Cukup mengujakan apabila filem ini dapat ditonton oleh semua pelanggan Netflix seluruh dunia! Bukan setakat di negara serumpun Asia Tenggara sahaja ya!
Menampilkan ensembel penuh bintang berbakat besar iaitu Abimana Aryasatya, Putri Marino, Arie Kriting, Lutesha dan Kristo Immanuel, Budiey dapat lihat filem ini menampilkan adegan aksi pergaduhan yang cukup sengit dan pantas, tembakan yang menakjubkan dan letupan yang disertakan dengan babak komedi menghiburkan.
Filem ini sebenarnya merupakan taruhan pertama Timo Tjahjanto bagi genre aksi komedi.
“Ini merupakan filem pertama saya di mana kekerasan dan kekacauan menjadi sebahagian dari sebuah komedi.
“Kalau sebelum ini penonton berkata ngeri melihat aksi ganas dalam karya sebelum ini, jadi untuk naskhah kali ini saya mahu mereka yang menonton filem ini boleh ketawa,”
– Timo Tjahjanto
Mengulas mengenal pelakon, Timo berkata kesemua mereka telah memberikan yang terbaik untuk menghidupkan karakter unik masing-masing.
Timo Tjahjanto mengarahkan filem yang bergerak daripada slapstick dan komedi kasar kepada aksi brutal dan agak rumit. Jadi, dengan beberapa adegan menggabungkan keduanya sebenarnya menghasilkan kesan cukup memukau di hati penonton.
Dalam pada itu, walaupun baru sahaja ditayangkan pada Khamis lalu namun maklum balas yang diberikan penonton terhadap The Big 4 ternyata positif antaranya:
Timo bukan main-main ya, visualnya mantap, cerita jelas dan pantas tetapi tidak terburu-buru. Lawak yang ada dalam filem ini juga lucu dan bukan dibuat-buat Aksinya luar biasa gilal”
“Kemunculan setiap karakter mempunyai kesan masing-masing dan tiada yang disia-siakan, baik karakter utama mahu pun pendukung. Memang haristonton!”
“Best gila filem Netflix The Big 4. Boleh gelak sampai kuar air mata weyy!”
Pemilihan lokasi pengambaran The Big 4 juga bukan kaleng-kaleng ya. Timo dilihat sengaja mengubah lanskap dan juga bangunan khusus untuk filem ini demi menunjukkan jejak kolonialisme serta budaya Indonesia yang cukup kaya. Lokasi keseruan filem ini diberi nama Pulau Bersi yang pada mulanya tenang dan damai, tapi berubah menjadi titik pertarungan ahli The Big 4 dan musuh-musuhnya.
Lokasi set pengambaran The Big 4 yang nampak gempak ini adalah hasil daripada art director iaitu Antonius Boedy bersama 25 orang kru dan 120 pembuat set.
Menurut penerbit Wicky V. Olindo, apa yang akan disaksikan oleh penonton merupakan hasil kerja sempurna seluruh pasukan di dalam The Big 4.
“Kami sangat berterima kasih pada Netflix yang membuat Timo dan saya bisa bermimpi. Di film ini ada all-star cast tapi kami juga didukung oleh all-star crew, talenta-talenta terbaik di belakang layar. Ketika Timo mengkhayalkan desain produksi tertentu, semuanya bisa dieksekusi dengan baik oleh sang art director.”
Sebenarnya The Big 4 menjadi filem aksi pertama bagi pelakon Kristo Immanuel, Putri Marino, dan Lutesha. Mereka pun harus mengikuti serangkaian workshop latihan yang menggabungkan berbagai teknik bela diri, dari jujitsu, taekwondo, dan karate, yang diadakan selama tiga bulan agar para aktor dapat menguasai koreografi.
Lutesha mengenang saat-saat awal menjalani pengambaran, “Saya yang tidak sporty ini tiba-tiba ikut fighting workshop dari hari Senin sampai Sabtu, dari pukul 9 sampai 17. Itu tantangan berat dan saya bekerja keras, kami semua dilatih secara fisik dan mental.”
Selain itu, Lutesha juga menyampaikan harapannya agar wataknya yang unik ini dapat membuat penonton terus meminati lakonannya.
“Saya memegang watak Alpha yang cakap pakai lepas, kontras dengan saya sendiri yang kalem dan lempeng-lempeng saja. Tapi walau karakter-karakternya memang aneh, mereka semua punya soft spot yang menyentuh.”
Karakter ahli The Big 4 digambarkan dengan nilai yang cukup eksentrik dengan ciri unik masing-masing. Mereka adalah Pelor yang lurus, Alpha si garang, Jenggo si sniper jagoan, dan Topan sang pemimpin.
“Semua pelakon dengan keunikannya masing-masing. Alpha yang agresif, berani bertindak dan ‘sangat sopan’ berbicara. Jenggo yang posisinya boleh di paling belakang tapi dekat di hati serta Pelor si paling kecil yang selalu ingin tampil dan ingin dianggap dewasa oleh kakak-kakaknya,” kata Abimana Aryasatya yang memegang watak sebagai Topan Sang Pemimpin, abang kepada ketiga karakter yang disebutkannya.
Kristo mengetahui dirinya menjadi salah satu pemain The Big 4 semasa menerima mesej daripada pengarah Timo Tjahjanto. Hasil itu keluar setelah beberapa hari casting. Kristo menganggap rezekinya apabila hanya bertanya tentang peluang itu di sosial media.
“Pak Timo upload sketsa karakter Pelor tapi mirip saya. Terus saya kayak ‘mau senang tapi takut geer, tapi kok ya mirip, gitu’. Terus akhirnya baru tahu, Pak Timo upload setengah muka gue, ‘oh beneran saya? Senang bener kali ini’,” katanya.
Kristo mengaku dia juga ingatkan dia tak berjaya semasa casting dalam film Netflix Original Indonesia terbaru itu.
“Itu aneh, gue berharap banget kayak ‘Duh dapat enggak ya’ karena agak pesimis waktu itu. Karena ni adalah film pertama gue, jadi salah satu dari anggota The Big 4, itu gila,” ujarnya.
Tak hanya pengumuman hasil casting, tawaran casting pun disampaikan lewat media sosial. “Via DM sama Timo Tjahjanto. ‘To, casting dong’ gitu kan,” kenangnya.
Pada awalnya, dia menduga akan mendapat watak sambilan sebab ini adalah kemunculan kali pertama di layar lebar. Namun, dugaannya salah besar ketika Timo menjelaskan bahwa dia akan memegang watak utama sebagai salah satu anggota The Big 4.
“Ini ceritanya tentang Big 4, dan kamu salah satunya’. Baru sampai ruang casting, tiba-tiba ‘Ini ceritanya tentang Big 4, kamu jadi salah satu Big 4-nya’, oh gitu, terus ‘Kamu bisa pakai aksen Timur enggak?’, oh makasih loh baru dikasih tahu sekarang. Jadi gue deg-degan banget,” ucapnya.
The Big 4 dibintangi oleh pelakon hebat antaranya, Abimana Aryasatya, Putri Marino, Lutesha, Arie Kriting dan Kristo Immanuel. Manakala Timo pula sangat dikenali dengan karya aksi seperti Killers (2014), Headshot (2006), May The Devil Take You (2018), dan The Night Comes for Us (2018).
The Big 4 turut dibintangi oleh Marthino Lio, Budi Ros, Donny Damara, Michelle Tahalea, Willem Bevers, Andri Mashadi dan Michael Kho.
Jangan terlepas The Big 4 akan datang pada 15 Disember, hanya di Netflix!
Sinopsis THE BIG 4:
The Big 4 mengisahkan tentang seorang detektif wanita bernama Dina (Putri Marino) yang pergi ke suatu pulau terpencil untuk menyiasat kematian bapa kandungnya dengan mengikut petunjuk ke sebuah pulau tropika yang terpencil yang diberi nama Pulau Bersi.
Sebaik tiba di Pulau Bersi, Dina mendapat tahu bahawa bapanya merupakan ketua pembunuh upahan.
Dina kemudiannya bertemu dengan empat bekas pembunuh upahan yang merupakan anak murid bapanya iaitu Topan (Abimana Aryasatya), Jenggo (Arie Kriting), Alpha (Lutesha) dan Pelor (Kristo Immanuel).
Dina akhirnya memutuskan untuk bekerjasama dengan penjahat yang telah dilatih oleh bapanya dan bersatu untuk menangkap penjahat yang telah membunuh bapanya.