Kemunculan album pertama AMIR ALIF, “Happy & Sad” yang ditulis sepenuhnya sendiri memaparkan tentang 5 tahun perjalanannya di dalam industri muzik dengan sentuhan peribadi tentang kehidupannya dan pesanan buat pendengar dan penyokongnya.
Album tersebut mengandungi 9 buah lagu dan 4 buah single; ‘Lover Boy’, ;Let’s; Siapa Perlu Tahu dan ‘It’s Over’.
Kejayaan ‘Lover Boy’ dan ‘Let’s” dalam mencapai lebih dari 14 000 tontonan di YouTube, AMIR ALIF terus muncul di radio tempatan dan mendaki carta di Rakita dan Era FM. Dia berjaya untuk kekal di carta Lokalah oleh Yoodo di Rakita dan menempa tempat No. 1 sepanjang Julai. Single terbarunya, Siapa Perlu Tahu, juga kini sedang mendakit carta Lagu Baru Nak Up oleh Era FM.
Album yang ditulis sepenuhnya sendiri ini bertujuan untuk menceritakan tentang perjalanan hidupnya dan berhubung dengan pendengarnya di satu aras yang berbeza.
Album itu sendiri menyentuh isu seperti kepercayaan, keresahan, keraguan terhadap diri sendiri, pengkhianatan dan penghargaan terhadap pendengar dan rakan-rakannya.
Sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu pop “indie”, album ini dibiayai oleh CENDANA Malaysia, sebuah agensi yang bertindak sebagai penghubung antara pencipta, badan pengawal selia, pelabur atau perniagaan swasta, penggubal dasar dan pengguna dengan sumber dan kepakaran yang mencukupi untuk mencapai dan meningkatkan sektor budaya ekonomi kreatif. Inspirasi album ‘Happy & Sad’ ini tiba sewaktu fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) pada tahun 2020 bila Covid-19 melanda.
“Ruang dan masa persendirian yang saya ada waktu itu merupakan salah satu sebab kenapa saya teroka lebih terhadap penulisan saya di dalam muzik. Ia memberikan saya waktu yang cukup untuk bereksperimen dengan bunyi baru yang ingin saya bawa ke era muzik saya yang seterusnya.” AMIR ALIF berkata.
“Inspirasi daripada artis seperti Yuna, Taylor Swift, Troye Sivan dan ramai lagi ikon pop dunia, saya mencabar diri saya untuk bergerak dari ruang selesa dan meluaskan lagi apa yang saya cinta iaitu menyanyi dan menulis muzik.”
Kemunculan album ‘Happy & Sad, AMIR ALIF melancarkan sebuah lagi single daripada album tersebut yang bertajuk ‘It’s Over’, yang memaparkan Meer Nash dan June Loo, di dalam muzik video tersebut. Dirakam dan diedit oleh Dean Amir Hussain, AMIR ALIF menghidupkan ideanya dengan kepakaran dan kepintaran juruvideo dan penyunting muda itu.
Sentuhan muda dan segar yang diberikan terhadap album ini, dia percaya dengan bekerjasama dengan bakat muda yang sedang meningkat naik memberikan dia peluang untuk berkembang jauh di dalam kreativiti dan idea. ‘Mix’ dan ‘master’ oleh Fai dari HAIFAI Works, bunyi yang dihasilkan oleh Zulkarnain, Redro dan Faii, AMIR ALIF menyediakan sebuah album yang bertaraf antarabangsa.
Happy & Sad kini berada (6th January 2023) di semua digital platform. Untuk ketahui lebih lanjut tentang AMIR ALIF, ikuti semua sosial media, @amiralifmusic.