Susulan daripada itu, beliau kini tampil dengan singlenya yang terkini berjudul, ‘ILSM (I Love Sadness More)’, yang berkisarkan transisi penyembuhan intrapersonal.
Olahan daripada rasa yang dipendam serta sisi seninya, ‘ILSM’ menjadi medium ekperimentasi Aisha Retno terutama melalui sudut runut instrumentasinya, dalam cubaan untuk terus menyajikan peminatnya dengan dinamik susunan single terbarunya ini.
Dari gesekan biola kecil, hinggalah ke komposisi orkestra yang diseling dengan drum 808; setiap elemen serta sonik yang ditulisnya dianyam cantik– dalam usaha mengubat rindu peminatnya yang kian lama menantikan single terbaharunya ini.
Diilhamkan oleh gaya muzik rakan seangkatan seperti– Madison Beer dan Ariana Grande, single terbaru Aisha Retno juga turut sedikit sebanyak menyajikan pendengar dengan elemen elemen lagu tema Disney sekitar 40-50an yang ingin diketengahkannya melalui ‘ILSM’.
Tambahnya lagi pendekatan yang lebih moden yang diadun pula dengan susunan orkestra tulisannya itu bakal menggamit memori sejenak generasi selain pendengar sedia ada.
‘ILSM’ secara amnya menggambarkan krisis dalaman seseorang yang cuba menangani memori masa lalu yang acapkali menghantui diri kita tatkala cuba untuk treus maju ke hadapan. Lagu Inggeris pertama penyanyi serta penulis lagu yang berjudul ‘W.H.U.T’ ini tadi memperincikan asam garam serta juga kisah cinta yang dialami dirinya tatkala dirinya masih ‘bertatih’ di alam dewasa.
Julung kalinya, Aisha Retno berazam untuk menggali dengan lebih mendalam lagi kebolehan diri beliau melalui nukilan single terbarunya ini. “Saya benar-benar ingin mencurahkan segalanya menerusi ‘ILSM’ [untuk] berkongsi bersama-sama mereka di luar sana yang menyayangi itu tidak semestinya memiliki.”
Cuba berhubung dengan pendengar melalui cara penceritaannya yang tulen, penyanyi ini ingin pendengar “merasakan apa yang saya rasa– mengambil masa untuk meneruskan serta menyembuhkan diri dari masa lalu mengikut kadar dan upaya diri sendiri.
Semasa semua orang asyik dibuai hidupan, dalam mengharungi warna warni, “menangis. Belajar memaafkan. Biarkan. Biarkan air mata ini menjadi benih untuk hari hari bahagia yang mendatang”.
Dengari lagu I.L.S.M Sekarang: https://aisharetno.lnk.to/ILSM