Budiey percaya, ramai di antara pembaca di luar sana ingin tampil dengan gaya yang lebih santai, lebih selesa dan lebih sporty di musim percutian ini, betul tak? Cukup-cukuplah pakai bajui office tu kan? Sekarang dah tiba masa untuk bercuti dan mencari lokasi yang ‘healing’ untuk tenangkan minda setelah setahun kita berhempas pulas bekerja!
Yea, untuk itu, kepada anda yang sedang mencari pakaian sukan yang murah dan mampu milik, Budiey kira Al-Ikhsan Sports adalah lokasi yang wajib untuk anda singgah! Oh ya, sekarang ni kan kita masih lagi dalam demam Piala Dunia, Al-Ikhsan Sports tidak ketinggalan untuk menyediakan pelbagai barangan merchandise untuk dimiliki!
Oh ya, kalau nak tahu, Al-Ikhsan Sports mempunyai kempen terbesar bagi World Cup FIFA 2022 berbanding dengan mana-mana peruncit sukan sama ada di dalam Malaysia mahupun di luar negara.
Hanya mempromosikan produk sukan yang terbaik dengan harga yang cukup mesra poket! Semua tawaran hebat ini boleh didapati di kesemua outlet Al-Ikhsan Sports di seluruh Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 172 cawangan serta melalui laman e-dagang Al-Ikhsan Sports.
Tambahan pula, bertepatan dengan itu, sekarang ini Al-Ikhsan Sports sedang mengadakan kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ sempena meraikan pengakhiran tahun 2022 dan menyambut kedatangan tahun baru 2023. Tahun baru, pakaian pun kenalah baru jugak!
Mujurlah peruncit barangan sukan nombor 1 di Malaysia ini mengadakan kempen Making Travelling Sportier sebab Budiey pun sedang mencari pakaian untuk dipakai semasa bercuti di Taiwan nanti. Selama enam hari di sana, tak tahu nak pakai apa. Tak payah fikir panjang, sebab kat Al-Ikhsan Sports ada segalanya yang Budiey perlukan untuk travel, jalan-jalan dan menghabiskan cuti hujung tahun.
Untuk info pembaca, kempen ini memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat Malaysia untuk menjadikan sukan bukan sekadar aktiviti malah sebagai gaya hidup masa kini.
Dalam kata lain, Al-Ikhsan Sports mahu mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama bergaya “sporty” dengan koleksi pakaian serta barangan sukan tidak mengira situasi. Tak salah kalau kita nak bergaya dengan pakaian sukan semasa keluar rumah untuk jalan-jalan, pergi shopping di pasaraya contohnya, atau pakai baju jersey sukan semasa jalan-jalan di tepi pantai. Apatah lagi, pakaian sukan ni sangat selesa, menyerap peluh dan lebih ringan untuk digayakan.
Sehari sebelum bertolak ke Taiwan, Budiey telah singgah di Al-Ikhsan Sports cawangan pusat membeli belah Fahrenheit88 di Jalan Bukit Bintang untuk usha-usha dan shopping pakaian yang sesuai untuk dibawa untuk jalan-jalan ke Taiwan. Bukan apa, ini adalah cawangan terbaharu AL-IKHSAN SPORTS yang baharu sahaja dibuka pada 3 Disember yang lalu.
Untuk rekod, Fahrenheit88 adalah outlet yang ke-30 dibuka pada tahun 2022 ini, dan juga outlet ke 171 Al-Ikhsan Sports! Wow! Hebat betul.
Jadi, Budiey nak rasalah pengalaman shopping di outlet baru yang lebih selesa disediakan untuk pengunjung. Sedar tak sedar, sudah lebih 170 cawangan kedai Al-Ikhsan Sports di Semenanjung Malaysia!
Di Taiwan sekarang, cuacanya sangat sejuk. Jadi, Budiey kenalah bawa baju yang tebal sedikit seperti baju hoodie dan jaket tebal. Yang mudahnya, di Al-Ikhsan Sports ada pakaian yang Budiey nak cari dan yang paling penting, harganya sangat murah dan berpatutan.
Promosi Hebat Sepanjang Bulan Disember 2022
Antara promosi menarik yang diadakan melalui kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ ini adalah ‘Bundle Deals’, ‘12-12 Special’, ‘Clearance Sales’, dan promosi ‘New Year New You!’.
Kempen ini dijangka mampu memenuhi selera setiap lapisan rakyat dengan bajet mereka yang tersendiri. Ini adalah sangat bertepatan dengan tujuan kempen Al-Ikhsan Sports sentiasa merangka pelbagai promosi bertema yang dijangka mampu menarik perhatian pencinta sukan tanahair.
“Sebagai sebuah jenama tempatan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, Al-Ikhsan Sports berazam untuk menjadikan sukan sebagai sebuah gaya hidup dan juga mampu milik untuk semua.
Rangkaian produk Al-Ikhsan Sports adalah berkualiti tinggi dan juga direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna kami di seluruh Malaysia. Barangan di Al-Ikhsan bukan sahaja sekadar barangan sukan malah boleh dijadikan sebagai pakaian untuk bersantai di sepanjang percutian meraka.
Kempen ini menyediakan rangkaian lebih dari 10,000 barangan sukan bermula daripada RM29 dan ini belum pernah dilakukan oleh peruncit sukan yang lain sebelum ini,”
– Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.
Versatiliti Produk Dengan Harga Mampu Milik
Antara barangan Al-Ikhsan Sports utama yang akan diperagakan dalam kempen ini adalah jersi, topi, kemeja-T, hoodie, jaket, pelbagai jenis beg mudah alih, kasut sukan serta kasut santai.
Barangan keluaran Al-Ikhsan Sports sudah semestinya menjadikan #OOTD percutian mereka lebih bergaya dan menarik.
Kesemua barangan ini boleh didapati di 170 kedai Al-Ikhsan Sports di Semenanjung Malaysia juga pembelian melalui laman e-dagang rasmi kami di www.al-ikhsan.com.
Untuk maklumat lanjut boleh layari platform digital Al-Ikhsan Sports dan Football Republic di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan LinkedIn dan juga menerusi www.al-ikhsan.com.
Sedikit Info Tentang Al-Ikhsan Sports
Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai tunggal berkeluasan 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan telah berkembang dengan kini mempunyai 170 kedai fizikal dan online di seluruh Semenanjung Malaysia.
Al-Ikhsan berobjektif untuk memberikan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang sihat serta memberi pilihan yang luas kepada peminat sukan bola sepak tempatan.
Pada 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) telah melaburkan sebanyak 35% saham dalam Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum Al-Ikhsan semakin kukuh dari segi penjenamaan serta mencatatkan perkembangan yang lebih kukuh.
Al-Ikhsan turut diberikan pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam negara berikutan pencapaian yang memberangsangkan.