Baru-baru ini, Budiey berkesempatan untuk meninjau sebuah kedai yang menjual macam-macam makanan termasuk pes, frozen food, makanan segera dan pelbagai lagi.
Untuk info pembaca, Foodmarket adalah sebuah pasar raya yang mengkhususkan makanan tempatan dan makan sedia untuk dimakan daripada sambal, tempoyak, belacan, budu dan banyak lagi.
Produk Foodmarket diperoleh secara tempatan di sekitar Malaysia bagi menyokong penduduk kampung, pengeluar berasaskan rumah, ibu tunggal, komuniti kurang bernasib baik dan tukang makanan tempatan.
Usaha ini sememangnya harus dipuji kerana ia dapat memperkembangkan hasil perniagaan Bumiputera yang berasaskan makanan tempatan. Ia seolah menjadi pusat gedung bukan sahaja makanan kering malah anda boleh menjamu selera kat sini.
Setelah beberapa lama menjalankan bisnes, Foodmarket nampaknya semakin aktif dalam memperbanyakkan lagi variasi berasaskan makanan tradisi Malaysia di premis berkenaan.
Menurut kata founder Foodmarket, bisnes ini bermula daripada awal tahun 2015 apabila membeli belah makanan tidak begitu popular dalam talian.
“Mengimbau kembali waktu mula-mula kami merancang untuk memperkenalkan idea Foodmarket kepada rakan-rakan, kami hanya memberitahu mereka bahawa Foodmarket adalah sesuatu yang seakan sama seperti Lazada, tetapi tidak dalam kategori fesyen, malah ianya makanan!,”
Kedai ini terletak di No. 8, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dekat je dengan rumah Budiey, jadi senanglah nak datang kat sini kalau ada keperluan dapur untuk dibeli, kan?
Oh ya, sekarang ini, Foodmarket memperkenalkan konsep ‘Mis Lah’ untuk anda semua yang mahu makan on the spot dan tiada masa untuk memasak.
Dekat sini, anda boleh mencuba Nasi Campur Hispter di mana anda hanya pilih makanan, kemudian boleh terus panaskan dan apa lagi, anda boleh makan terus kat situ. Harga satu peket Nasi Campur Hispter ini bermula dari RM3. Budiey dah pun cuba makan kat situ, fuh baunya pun sudah cukup untuk membuatkan kita rasa terliur.
Antara yang istimewanya kat sini:
1. Mlslah (Harga : RM7.8 – RM48)
Tercetusnya idea mlslah bila musim pkp, ramai orang suka memasak, sampailah pkp 2 ramai sudah tak gemar kerana terlalu leceh & renyeh. Jadi mlslah ini diwujudkan untuk memudahkan semua warga untuk masak kerana dia dalam bentuk serbuk.
Mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Travelling jadi mudah, lagi-lagi untuk negara yang tak benarkan makanan masuk, tapi bila ditukarkan kedalam bentuk serbuk ia boleh dilepaskan.
Ada 45 jenis perecah masakkan.
2. Nasi Campur Hipster (Harga : RM3 – RM5)
Diwujudkan untuk memberi kemudahan pada warga Malaysia.
Ready to eat style. Ala – ala family mart & cu mart.
Hanya perlu pilih nasi (minyak/putih), kuah, lauk, sambal & kondiment – Hanya perlu dipanaskan dalam masa 30s sahaja.
Untuk anda yang nak cari makanan dari Pantai Timur pun, korang tak payah susah-susah lagi sebab kat Foodmarket ni dah ada macam-macam makanan. Kalau nak makan keropok lekor dan lokching boleh request dekat ‘Port Membawang.
Jika terasa nak datang, bolehlah datang ke Foodmarket ni dibuka dari jam 9 pagi hingga ke 9 malam setiap hari dan anda boleh menelefon di talian 019 666 4889 sekiranya ada pertanyaan yang nak diajukan.
Instagram: https://instagram.com/food.market
Website : http://www.foodmarket.com.m