AKU TERLUKA ini merupakan hasil kolaborasi pertama komposer Amylea Azizan dan MFMF.
“Selepas Putus yang dilancarkan pada hari lahir saya tahun lepas, saya kembali dengan lagu baharu yang merupakan kesinambungan kepada lagu Peluang Kedua.
Saya rasa ada yang perlu saya jelaskan dalam lagu Peluang Kedua dan semuanya ada dalam lagu AKU TERLUKA ini.
Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima lagu ini seperti lagu-lagu saya yang lain sebelum ini,”
– Nabila Razali
Nabila ditemui pada sidang media lagu AKU TERLUKA yang diadakan di pejabat Universal Music, di sini, pada Rabu.
Muzik video AKU TERLUKA akan dilancarkan di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment bermula jam 9 malam ini. Lebih menarik, muzik video berkenaan sekali lagi menampilkan, pelakon dan penyanyi rap, MK K-Clique yang sebelum ini juga pernah berkolaborasi dalam muzik video lagu Peluang Kedua.
Menurut Nabila, pemilihan MK adalah bagi meneruskan jalan cerita untuk lagu Peluang Kedua.
AKU TERLUKA mengisahkan tentang sebuah percintaan yang tidak kesampaian kerana pemergian sang kekasih buat selamanya. Tidak ada apa lagi yang mampu dilakukan oleh gadis tersebut selain redha dan teruskan hidup bersama memori percintaan mereka.
AKU TERLUKA merupakan lagu ketiga terbitan Nabila Razali Entertainment yang juga single ketujuh buat dirinya dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia.
Single AKU TERLUKA boleh didengari di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 7 Disember ini.
Lirik Lagu AKU TERLUKA
Song title : Aku Terluka
Artist : Nabila Razali
Composer : Amylea & MFMF
Lyrics : Amylea
Producers : Amylea, MFMF & Nabila Razali
Executive Producer : Nabila Razali Entertainment
BV : Justin Seow, Brendon Lim, Zen, Amylea & Edd Nasa
Studio : MFMF
Mixing & Mastering : MFMF
Distributed by : Universal Music Malaysia
LIRIK :
Verse 1 :
Mungkin kini t’lah ku tahu
Artinya mencinta lebih dari diriku
Dan mungkin takkan ada lagi
Rasa seperti ini di dalam hidupku
Ku jalani hidupku
Melupakan senyumku
Menahan bahgia mendekatku
Berbisikkan namamu
Tak mampu ku berdiri
Rapuh aku ‘tuk melangkah
Kerana…
Chorus :
Masih lagi ku lihat
Masih lagi ku dengar
Masih lagi terasa genggaman mu dijari ku…
Aku terluka…
Verse 2 :
Biar sampai mana nanti
Hati membawa diri
Melawan rasa sunyiku
Coba perlahanku berdiri
Mengubati sendiri
Kerna ku tak terganti dirimu…
Solo – Bridge :
Diriku bagai hilang punca
Tak tahu ke mana
Biar jelas t’lah ku tahu
Kau takkan bersamaku
Masih lagi ku lihat
Masih lagi terasa genggaman mu dijari ku
Puas semua rayuku
Tiada hadir dirimu
Rapuh aku ‘tuk melangkah
Aku terluka…