Persaingan 30 buah lagu bagi merebut 12 tempat di pentas Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) bakal bermula pada 25 dan 26 November ini.
Dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Izzue Islam, SFMM37 akan bersiaran secara langsung pada hari Jumaat dan Sabtu, pukul 3.00 petang di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Para peminat juga boleh menikmati persembahan SFMM37 menerusi www.tonton.com.my.
Nantikan juga persembahan istimewa menerusi artis-artis hebat Malaysia seperti Kristal X, Elyana, Ezlynn, Farahdhiya, Ramlah Ram dan Syura di episod pertama separuh akhir Muzik Muzik yang akan membawakan tema genre muzik Rock & Roll dan episod kedua akan bertemakan genre Pop dan Pop Ethnic.
Turut menjadi tumpuan para peminat muzik tanah air apabila terdapat tiga buah lagu yang bakal menampilkan penyanyi berbeza di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 37. Lagu ‘BERAKHIRLAH PENCARIANKU’ bakal dipersembahkan oleh Ahmad Shafiq dan Wany Kayrie manakala lagu ‘TAKLUK CINTA’ akan menampilkan Puteri Khareeza sebagai penyanyi. Bagi lagu ‘HABIS SINI’, penonton bakal menyaksikan Naim Daniel berduet dengan Ismail Izzani dalam usaha menempah tiket ke pentas akhir!
Untuk makluman, Muzik Muzik ialah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia. Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 37 bertanding di pusingan separuh akhir.
25 November 2022, 3.00 petang – 6.00 petang
LAGU | PENYANYI | KOMPOSER | PENULIS LIRIK |
SEMPURNA | IMSOMNIACKS | IMSOMNIACKS | IQIE & DANIAL |
BERANI | DOLLA | JOHN JEEVES & FIRDAUS RAHMAT | JOHN JEEVES & FIRDAUS RAHMAT |
BERAKHIRLAH PENCARIANKU | AHMAD SYAFIQ & WANY KAYRIE | IKHWAN FATANNA & WAN SALEH | DATO A’ AIDA |
ESOK | AMIR MASDI | AMIR MASDI, SHAZEE ISHAK & AUDI MOK | AMIR MASDI, SHAZEE ISHAK & AUDI MOK |
TAK SANGKA | YONNYBOII, ZYN AKAL & ASYRAF NASIR | YONNYBOII, ZYN AKAL & ASYRAF NASIR | YONNYBOII, ZYN AKAL & ASYRAF NASIR |
TAKLUK CINTA | PUTERI KHAREEZA | FIRDAUS RAHMAT, IQIE HUGH & JOHN JEVES | FIRDAUS RAHMAT, IQIE HUGH & JOHN JEVES |
ANUGERAH TERINDAH | ALIF SATAR & THE LOCOS | ALIF SATAR, ROMEO, TAM COBAIN & EFRY ARWIS | ALIF SATAR, SHAH SHAMSHIRI & ROMEO |
NANG | IMAN TROYE | EZRA KONG & A.RAMLE | EZRA KONG & A.RAMLE |
PAYUNG PELANGI | NOKI & MK | NOKI & MK | NOKI & MK |
CUKUP DERITA ITU | SITI NORDIANA | TAM SPIDER | SITI ROSMIZAH |
PEREMPUAN | JACLYN VICTOR | JOHAN JOHN | KHALEEL |
DAMBA | KHAI BAHAR | QIE HUGH & OMAR K | QIE HUGH & OMAR K |
HITAM SAKSI PUTIH | HAQIEM RUSLI | HAQIEM RUSLI | HAQIEM RUSLI |
SATU MALAM DI TEMASEK | SONAONE & JOE FLIZZOW | SONAONE | SONAONE & JOE FLIZZOW |
MAINAN | NAIM DANIEL | FIRDAUS RAHMAT, OMAR K & MAS DEWANGA | ARISZ AB RAHMAN |
DEMI KAMU | INDAH RUHAILA | JOHAN JOHN | KHALEEL |
MAKUTA | HAZAMA, KMY KMO & LUCA SICKTA | KMY KMO, LUCA SIKTA | KMY KMO, LUCA SIKTA |
KEMBALI TERANG | MARSHA MILAN | SENNA & AJIN | SENNA |
26 November 2022, 3.00 petang – 5:30 petang
LAGU | PENYANYI | KOMPOSER | PENULIS LIRIK |
SUMPAHAN SALJU | ARA JOHARI | ZIIN | JERRY |
BAHAGIAKAN DIA | LIZA HANIM & SHILA AMZAH | ALIFF ISKANDAR | ALIFF ISKANDAR & QUE AFIQ |
SENGSARA | KHAI BAHAR | JOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K | JOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K |
24434 | FLOOR 88 | ZAI HAMZAH | ACHOI FLOOR 88 |
ESOK | AMIR MASDI | AMIR MASDI, SHAZEE ISHAK & AUDI MOK | AMIR MASDI, SHAZEE ISHAK & AUDI MOK |
KHILAF ASMARA | SHILA AMZAH | AMYLEA | AMYLEA |
SAMA SEPERTI DULU | HAEL HUSAINI | HAEL HUSAINI & IQIE HUGH | HAEL HUSAINI |
KORBAN | ERNIE ZAKRI | ERNIE ZAKRI | ERNIE ZAKRI |
DEBU | DAYANG NURFAIZAH & AMIR MASDI | MAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIM | MAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIM |
HABIS SINI | NAIM DANIEL & ISMAIL IZZANI | NAIM DANIEL, JOE FLIZZOW, SONAONE, MAS DEWANGGA & FIRDAUS RAHMAT | NAIM DANIEL, JOE FLIZZOW, SONAONE, MAS DEWANGGA & FIRDAUS RAHMAT |
IRAMA | SHIHA ZIKIR | QIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES | QIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES |
TERUS HIDUP | AINA ABDUL | AINA ABDUL | AINA ABDUL |
Separuh Akhir Muzik Muzik 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Sharizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #SFMM37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.