Ungku Ismail dalam stau hantaran InstaStory hari ini memohon orang ramai mendoakan kesihatan Nad atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin diberikan kesembuhan.
“Nad sedang kritikal dalam ICU.
“Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala, amin,” katanya ringkas.
Hari ini, Kosmo! melaporkan pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ICU Hospital Pakar Ampang Puteri.
Perkara tersebut dimaklumkan rakan baiknya, Aina Liza menerusi satu pesanan WhatsApp hari ini.
Malam tadi, Nad, 32, dimasukkan ke ICU sebuah hospital swasta berkenaan selepas dua hari keadaan kesihatannya tidak begitu baik dipercayai disebabkan simptom Long Covid.
Nad pernah dijangkiti Covid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.
Pelakon itu juga beberapa kali ke luar negara, termasuk ke Indonesia dan Thailand bagi penggambaran sebuah program travelog bersama Ungku Ismail.
Nad Zainal Terpaksa Ditidurkan, Paru-Paru Berdarah
Perkembangan terbaru mengenai Nad Zainal, pelakon itu dilapor terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri.
Memetik Kosmo, perkara itu dimaklumkan rakan baiknya, Aina Liza menerusi satu kiriman WhatsApp awal pagi tadi.
“Saya baru dapat ‘green light’ untuk berkongsi berita ini. Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.
“Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” katanya.
Lewat malam tadi, pelakon Ungku Ismail memuat naik satu kenyataan di Insta Story memohon orang ramai mendoakan agar Nad diberikan kesembuhan.
“Saya pohon doa-doa semua buat Nad Zainal yang dimasukkan ke wad ICU (semalam) disebabkan jangkitan kuman di paru-paru.
“Beberapa prosedur telah dilakukan dan menurut doktor yang merawatnya keadaannya stabil tapi keadaannya tidak berapa okey. Mohon doa ya semua. Allahumma Yashfiihaa,” tulisnya.