Memetik BH Online, Setiausaha Polis Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata kes berkenaan akan disiasat mengikut tiga seksyen berdasarkan dakwaan yang dikesan dilakukan Zul Huzaimy.
Terdahulu, tular video pelakon itu mengeluarkan kenyataan menyatakan hasratnya untuk menyembelih ‘khafir harbi’ di Malaysia dalam satu majlis di Kemaman, Terengganu, pada 4 November lalu.
Bagaimanapun, Zul telah pun membuat permohonan maaf di Instagram pagi tadi serta menjelaskan maksud sebenar kenyataannya itu.
Katanya, kafir harbi yang dimaksudkannya adalah musuh Islam yang nyata, yang benci Islam, suka perkauman serta tidak membenarkan azan berkumandang terlalu kuat.