Destinasi tumpuan pelancongan di negeri Selangor merupakan salah satu tarikan utama bagi jurugambar dan pencipta kandungan kreatif. Negeri Selangor, melalui agensi promosi pelancongan Tourism Selangor akan menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival dari 12 hingga 13 November 2022, bertempat di UG Atrium, Paradigm Mall, Petaling Jaya.
Sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan destinasi pelancongan domestik di negeri Selangor, Selangor International Travel Photography Festival pada tahun ini akan menampilkan pelbagai aktiviti seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi.
Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeri Selangor pada tahun 2021 dan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia.
Melalui kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama, seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land, Selangor International Travel photography Festival mampu meningkatkan lagi usaha mempromosikan pelancongan domestik negeri Selangor dengan lebih baik lagi.
Orang ramai dijemput hadir dan memeriahkan Selangor International Travel photography Festival. Untuk butiran lanjut, sila lawati laman media sosial rasmi Tourism Selangor di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok untuk pelbagai informasi terkini.