Bagaimanapun, Wafariena mengakui tidak selesa apabila dikaitkan dengan Iqbal serta turut mempersoalkan motif usahawan itu yang secara terbuka tiba-tiba mahu mendekatinya.
Susulan kenyataan Wafariena itu, Iqbal tampil memberi respon mengatakan dia tidak melakukan sesuatu perkara mengikut perasaan semata-mata.
Menurut Iqbal lagi, dia baik dengan semua orang serta menghormati semua individu sepanjang menjayakan penggambaran bersama aktres tersebut baru-baru ini.
Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Insta Story, Iqbal merasakan wajahnya seperti dihempap batu apabila Wafariena mengeluarkan kenyataan menghentamnya.
Dalam pada itu, Iqbal turut bertanyakan kepada aktres itu adakah dia berkelakuan tidak baik sepanjang penggambaran bersama.
Dalam satu perkongsian lain, Iqbal berkata dia tidak kisah dipandang terhegeh-hegeh kerana dari awal dia mengatakan hanya berkawan sahaja dengan Wafariena.