Selebriti dan penyanyi, Adira Suhaimi memaklumkan dia tidak terfikir untuk menimang cahaya mata kelima memandangkan dia sudah empat kali bersalin secara pembedahan caesarean.
Ujar penyanyi yang berusia 31 tahun itu, dia telah lakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat peranakan’ dengan mengikut saranan dan nasihat daripada doktor dan suami.
“Cukuplah dengan empat orang anak. Saya sudah lakukan Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau ‘ikat peranakan’. Bukan kerana saya jenis yang ‘subur’ atau bagaimana. Cuma saya sudah empat kali bersalin secara pembedahan caesarean.
“Jadi mungkin akan ada risiko kalau saya hamil lagi. Atas sebab tertentu dan nasihat doktor, saya bersetuju (ikat peranakan). Begitu juga dengan suami.
“Cukuplah dua lelaki dan dua perempuan. Biarlah saya fokus dengan empat orang cahaya mata ini. Alhamdulillah, saya merasakan kehidupan saya sudah lengkap.
“Saya sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang, termasuk di dalam soal kerjaya juga,”
– Adira Suhaimi
Bukan itu sahaja, Adira turut menjelaskan dia lebih selesa memberikan nama anak-anaknya yang lebih ringkas dan penuh dengan makna.
Jelasnya, orang di sekelilingnya akan lebih senang untuk menyebut dan memanggil anak-anaknya kelak sekaligus memudahkan urusan pihak lain.
Sekadar info, Adira telah disatukan bersama bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayub