LIFE AS A CELEBRITY
Kehidupan glamour seorang selebriti
Tertanya-tanya mengenai bagaimana kehidupan glamor sebagai seorang selebriti? Jangan risau! 8TV kini membawakan kepada korang kisah kehidupan harian sebagai seorang selebriti yang membolehkan anda menyelami kehidupan mereka yang mengagumkan.
Life As A Celebrity kini dipertontonkan di kaca televisyen anda pada setiap hari Jumaat, jam 10.30 malam. Bersiap sedialah untuk terpesona dengan selebriti pilihan anda yang menceritakan mengenai kehidupan mereka sebagai ikon terkenal dan tidak lupa juga mengenai kisah kehidupan harian mereka.
Menurut Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim, “Satu lagi program tempatan yang menarik sudah tentu akan menghiburkan peminat dan para penonton Mei ini. Menjadi seorang selebriti bukanlah semuanya mengenai glamor sahaja, tetapi dengan kerja keras, keazaman dan minat yang mendalam adalah diperlukan untuk menempatkan mereka di tempat mereka sekarang. Kebanyakan para selebriti di Malaysia telah sekian lama bekerja keras untuk mencapai apa yang di cita-citakan. Walau bagaimanpun, mereka yang sememangnya menjalani kehidupan sibuk lagi aktif, berupaya untuk menyeimbangkan kehidupan sebagai seorang selebriti dan kehidupan peribadi termasuklah famili, kepentingan diri dan juga hobi pada masa lapang. Inilah nilai-nilai murni yang ingin ditonjolkan kepada penonton yang mana kami ingin mereka mengaplikasikannya di dalam kehidupan harian mereka sekaligus mencapai cita-cita dan impian meraka, sama seperti para selebriti ini boleh dijadikan idola.”
Life As A Celebrity ialah sebuah rancangan yang memaparkan mengenai selebriti berlainan pada setiap minggu, membawa penonton menyaksikan kehidupan profesional dan peribadi mereka. Ini secara tidak langsung memberi peluang kepada penonton untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai kehidupan bergaya selebriti pilihan mereka yang terkenal dalam bidang masing-masing.
Daphne Iking – Pengacara
Para selebriti ini akan berkongsi pengalaman profesional mereka di dalam karier masing-masing dan juga mengenai kehidupan peribadi termasuklah hobi, penjagaan kesihatan dan rutin senaman mereka.
Dihoskan oleh Daphne Iking, rancangan ini memaparkan selebriti-selebriti yang terkenal seperti Stephanie Chai (model), Atilia Haron (penyanyi), Marion Counter (pengacara), Gillian Hung (pereka), Diana Danielle (pelakon/model), Erra Fazira (penyanyi / pelakon/model), Jojo Struys (DJ/pelakon/model), Gloria Ting (model) dan Nazrudin Rahman (pengacara/pelakon/model).
Marion Counter
Ingin mengetahu mengenai cara selebriti menjalani kehidupan masing-masing? Ingin mempelajari mengenai tip-tip penjagaan diri dari mereka?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Life As A Celebrity pada setiap hari Jumaat, jam 10.30 malam eksklusif di 8TV atau secara alternatif di Astro saluran 708.
[tags]Life As A Celebrity, iklan british, pengganas, youtube, daphne iking, erra fazira, jojo struys, gloria ting, nazrudin rahman, Stephanie Chai, Atilia Haron, barah payu dara, Marion Counter, Gillian Hung, play boy[/tags]