Filem arahan Zulkifli M Osman dan hasil garapan penulis skrip oleh Shahriman Wahap ini membariskan pelakon seperti Rusdi Ramli, Yasmin Hani, Nasir Bilal Khan, Abu Bakar Omar, Hasnol Rahmad dan pendatang baru, Lana Nordin.
Kos dijangka menelan belanja RM2.5 juta termasuk penggunaan imej janaan komputer (CGI), RM750,000. Pengambaran filem telah dimulakan pada 23 Mei di Melaka dan memakan masa 40 hari.
Bercorak filem mistik seram, filem ini akan dipasarkan dengan strategi tersendiri dengan menjangkakan akan untung sebanyak RM10 juta. Perkiraan ini dibuat berdasarkan sambutan filem seram temparan sebelum ini yang mendapat sambutan hangat.
Budiey rasa, pihak penerbit tidak boleh menyamakan filem ini dengan filem seram lain yang telah mendapat keuntungan besar sebelum ini seperti Jangan Pandang Belakang dan Congkak. Mungkin perspektif penonton berbeza setelah dijamu dengan segala macam publisiti meluas.
Memang kalau dilihat hasrat dan impian filem ini terlalu tinggi. Namun bagi mereka, kalau kena dengan strategi, filem ini memang boleh laris. Apatah lagi setelah mendapat tahu, filem ini akan turut dijual melalui internet dan muatturun di telefon bimbit.
Mesej dalam penceritaan filem ini memang bagus kerana menyentuh tentang isu akidah dan perkara berkaitan dengan hak dan batil. Skrip bukan sekadar untuk menakutkan penonton tetapi memberikan mesej positif dan pengajaran. Sejauh manakah berjayakah strategi ini?