in , ,

RIUH BENOR! Dimeriahkan dengan Persembahan Ruffedge & Jaclyn Victor

Walaupun hujan renyai-renyai turun membasahi bumi Ipoh, namun ianya tidak menghalang kelancaran RIUH BENOR! yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Antara highlight atau tumpuan utama pada hari pertama sudah tentu acara majlis pelancaran yang berlangsung pada jam 8.30 malam. Disusuli dengan persembahan bertenaga oleh dua artis yang tersohor iaitu Ruffedge dan Jaclyn Victor.

RIUH BENOR! Dimeriahkan dengan Persembahan Ruffedge & Jaclyn Victor

Persembahan dua artis terkenal ini telah berlangsung selama satu jam itu dan pastinya menghiburkan pengunjung pada malam tadi dengan rangkaian lagu-lagu pilihan yang mengembalikan nostalgia. 

RIUH BENOR! Dimeriahkan dengan Persembahan Ruffedge & Jaclyn Victor

‘RIUH BENOR!’ dirasmikan oleh Pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd, Encik Noor Azmi Mat Said dengan penuh simbolik dengan disaksikan oleh pada jemputan serta pengunjung. 

RIUH BENOR! Dimeriahkan dengan Persembahan Ruffedge & Jaclyn Victor

“Jenama RIUH telah berjaya membantu lebih 2,053 penggiat industri kreatif setakat ini dan menarik lebih 350,000 pengunjung sejak ia diperkenalkan pada 2017. Pada 2022, hasil sampingan aktiviti ekonomi melalui penganjuran program ini telah mencipta 3,238 peluang pekerjaan bagi masyarakat setempat.” 

– Noor Azmi Mat Said
https://youtu.be/YmDxAjVDuBM

Program KRKM yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K- KOMM) melalui Kumpulan MyCreative (MyCreative) bertujuan memperkasa penggiat dan usahawan industri kreatif tempatan di seluruh negara dan menghubungkan komuniti kreatif dengan masyarakat. Ianya juga mencerminkan keprihatinan dan komitmen Kerajaan dalam memulihkan industri kreatif susulan pandemik COVID-19. 

Keseluruhan program KRKM dijangka mewujudkan lebih 7,000 peluang pekerjaan dan menyokong lebih 5,000 penggiat dan perniagaan kreatif tempatan di 14 lokasi serata tanahair. Sejumlah 82 vendor termasuk 47 gerai runcit dan 35 gerai makanan- minuman dapat disokong di edisi kelima KRKM di Ipoh ini. 

RIUH BENOR! Dimeriahkan dengan Persembahan Ruffedge & Jaclyn Victor

‘RIUH BENOR!’ bakal menyajikan pelbagai pertunjukan budaya, persembahan muzik dan tarian, pameran seni, kedai pop-up, aktiviti komuniti, serta demonstrasi eko-kreatif seperti bengkel-bengkel membuat pasu daun konkrit, minyak wangi, lilin soy wax, dan mewarna topi. Pengunjung juga akan dapat menyaksikan persembahan istimewa daripada pelbagai artis ternama tanahair termasuk Jaclyn Victor, TUJULOCA, Ning Baizura, Ruffedge serta ramai lagi. 

Menurut Noor Azmi Mat Said, “Edisi ini memberi tumpuan kepada elemen eko-kreatif melalui bengkel dan demonstrasi bagi menekankan nilai kelestarian dan kemampanan. Ini selaras dengan Program Pembangunan Perak Sejahtera 2030 dan Pelan Perancangan Strategik Majlis Bandaraya Ipoh untuk menjadikan Ipoh sebagai Bandaraya Rendah Karbon dan ‘Walkable City’.” 

‘RIUH BENOR!’ edisi kelima Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM) menyasarkan seramai 20,000 pengunjung ke Bulatan Sultan Azlan Shah di Ipoh, Perak dari 21 Oktober hingga 23 Oktober 2022. 

https://youtu.be/AsBTK7pwOjQ

Program RIUH yang terdahulunya hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang telah melebarkan sayap ke Johor, Sabah, Melaka, Kelantan dan kini Perak melalui siri Kembara RIUH Keluarga Malaysia bagi membantu menyemarakkan lagi industri kreatif di seluruh negara. 

Industri kreatif tanahair telah diiktiraf Kerajaan sebagai salah satu industri strategik berimpak tinggi yang diberi tumpuan khusus di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Ianya disasarkan menyumbang sebanyak RM31.9B kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang tahun 2025. Program Kembara RIUH Keluarga Malaysia merupakan platform yang mencipta peluang menjana pendapatan hasil seni kreatif dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara. 

RIUH BENOR! Dimeriahkan dengan Persembahan Ruffedge & Jaclyn Victor

Kerajaan mempunyai iltizam yang tinggi untuk menyemarak semula industri kreatif ketika peralihan ke fasa endemik dan amat prihatin tentang kepentingan industri ini dalam pembangunan negara. 

https://youtu.be/N9194KkbqK0

Justeru, usaha Kerajaan melalui agensi Kumpulan MyCreative ini terbukti berjaya menghimpunkan usahawan kreatif dan penggiat seni tempatan daripada 10 cabang industri kreatif untuk sama-sama membangunkan ekosistem kreatif tempatan di samping memartabatkan hasil kreatif usahawan dan penggiat industri kreatif. 

Untuk itu, seluruh Keluarga Malaysia di Perak dan negeri berhampiran dijemput hadir serta memberi sokongan kepada para usahawan dan penggiat seni industri kreatif tempatan sepanjang tiga hari di ‘RIUH BENOR!’

RIUH BENOR! Dimeriahkan dengan Persembahan Ruffedge & Jaclyn Victor

Mengenai MyCreative Ventures Sdn Bhd 

MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (“MyCreative”/“Kumpulan MyCreative”) ditubuhkan dengan objektif untuk memajukan industri kreatif Malaysia melalui pelaburan strategik dan inovatif. Diperbadankan pada tahun 2012, MyCreative merupakan sebuah subsidiari milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan) dibawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM). Kumpulan MyCreative terus menyokong industri kreatif melalui pengenalan unit-unit di bawahnya iaitu RIUH dan CENDANA pada tahun 2017. 

Berikutan pembukaan sektor kreatif, tumpuan Kumpulan MyCreative dipertingkat untuk memacu ekonomi jingga Malaysia melalui inisiatif pembangunan ekosistem yang disusun secara strategik, menerusi bantuan pembiayaan dan pelaburan inovatif, demi mencapai objektif utama untuk meningkatkan sumbangan ekonomi daripada sektor kreatif. 

Untuk keterangan lanjut mengenai MyCreative, sila lawati www.mycreative.com.my 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zahiril Adzim Bernasib Baik Belajar Muay Thai Masa Filem Bunohan

PROMO

Matematik Makin Susah, Asteredu Berjaya Ubah Gred Pelajar Dengan Buku Aster