Fuad berkata dia terpaksa menjalani hukuman sebat sebanyak enam kali akibat kesalahan tersebut dan rasa sakit sebatan itu masih dirasai sehingga ke hari ini.
“Sebatan itu betul-betul sakit, saya kena enam kali… saya rasa nak lari, tak nak patah balik. Mak saya pun tidak pernah pukul saya macam itu. Kesakitan yang dirasai benar-benar buat saya sedar dan ia cukup menginsafkan,”
– Fuad Rahman
Berkongsikan pengalaman yang cukup menginsafkannya itu, Fuad berkata dia terpaksa tidur meniarap selama seminggu kerana mengalami luka pada bahagian punggung.
Bagaimanapun, Fuad mengatakan dia bernasib baik kerana mempunyai rakan di penjara yang banyak membantu serta menyapukan ubat supaya dia cepat pulih.
Dalam pada itu, Fuad berkata dia lebih selesa untuk bersikap jujur berkongsikan mengenai kisah silamnya supaya tidak timbul spekulasi tidak benar tentang dirinya.
Malah, perkongsiannya itu juga sekaligus memberikan pengingatan pada dirinya agar tidak kembali kepada tabiat lama yang pernah memusnahkan hidupnya.
“Lebih baik saya beritahu dan jujur daripada menipu, saya tidak mahu peminat membuat andaian sendiri. Biar pihak media tahu dan saya lega dapat berkongsi perkara ini.
Alhamdulillah peminat pun boleh terima diri saya seadanya,”
– Fuad Rahman
Sebelum ini, Fuad pernah berkongsi kehadiran ibu tersayang yang melawatnya di penjara sambil bertongkat menjentik hatinya untuk berubah.