in , ,

Tahniah! Program Terpaling Juara di TV3 Berjaya Menarik 8 Juta Penonton 

Program hiburan popular TV3 mencapai 8 juta penonton secara keseluruhan sepanjang 8 minggu bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam dari 21 Ogos 2022 hingga 9 Oktober 2022. (Sumber: Nielsen 21 Ogos 2022 – 9 Oktober 2022).

Selepas 8 minggu berentap, program hiburan popular TV3, Terpaling Juara meraikan Rahmad Mega (kapten Hael) sebagai juara dengan membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000! 

Aqmal (kapten Naim) menyandang tempat kedua (trofi dan hadiah wang tunai RM50,000), Hazami (kapten Akim) menduduki tempat ketiga (trofi dan hadiah wang tunai RM30,000) dan Shaz (kapten Hael) merupakan pemenang tempat keempat (trofi dan hadiah wang tunai RM10,000). 

Program Terpaling Juara di TV3 Berjaya Menarik 8 Juta Penonton

Pentas akhir Terpaling Juara telah bersiaran secara langsung pada 9 Oktober 2022 (Ahad), pukul 8.55 malam hingga 11.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my dengan menyaksikan 4 finalis iaitu Aqmal (Kapten Naim), Hazami (Kapten Akim), Rahmad Mega dan Shaz (Kapten Hael) mempertaruhkan dua buah lagu iaitu sebuah lagu solo dan sebuah lagu berduet dengan kapten masing-masing. 

Program Terpaling Juara di TV3 Berjaya Menarik 8 Juta Penonton

Sepanjang kolaborasi dengan 3 kapten iaitu Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Juara Lagu di anugerah paling berprestij, keenam-enam peserta senior dan junior telah menghiburkan penonton dengan menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #playlistAJL dari 21 Ogos 2022 hingga 9 Oktober 2022. Dua penyingkiran telah dilakukan sebelum Rahmad Mega, Aqmal, Hazami dan Shaz beraksi di pentas akhir. 

Terpaling Juara dihoskan oleh pasangan duo yang dinamik iaitu Haziq Hussni dan Shiha Zikir serta menampilkan Dato’ Hattan dan Fauziah Latiff sebagai juri tetap. Lebih menarik, episod akhir ini telah digamatkan lagi dengan kehadiran Dato’ Sri Siti Nurhaliza sebagai artis jemputan dan juga juri jemputan. 

Program Terpaling Juara di TV3 Berjaya Menarik 8 Juta Penonton

Floor 88 turut tampil untuk persembahan selingan (interlude). Pemenang ditentukan dengan 70% markah dari panel juri serta 30% daripada undian atas talian di www.xtra.com.my/terpalingjuara. 

Senarai Lagu Persembahan di Pentas Akhir Terpaling Juara

  • Joget Angan Tak Sudah (Juara Lagu 1998, nyanyian asal oleh Jay Jay) – Hazami & Kapten Akim
  • Hati (AJL35, nyanyian asal oleh Hael Husaini)- Shaz & Kapten Hael
  • Sampai Syurga (AJL23, nyanyian asal oleh Faizal Tahir) – Aqmal
  • Ku Akui (AJL27, nyanyian asal oleh Hafiz Suip) – Rahmad Mega
  • Gelisah Mimpi (AJL17, nyanyian asal oleh Liza Hanim) – Shaz
  • Di Amaran Mama (AJL31, nyanyian asal oleh Hazama & The Penglipur Lara) – Aqmal & Kapten Naim
  • Luluh (AJL33, nyanyian asal oleh Khai Bahar) – Hazami
  • Dipenjara Janji (SFMM 1997, nyanyian asal oleh Awie) – Rahmad Mega & Kapten Hael
  • Interlude: Medley Chikadun & Hutang – Floor 88
  • Penutup: Medley Wajah Kekasih / Ku Milikmu / Balqis – Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Terpaling Juara menampilkan vivo Malaysia sebagai penaja utama, Nivea sebagai penaja bersama, Hot FM sebagai rakan radio rasmi, Berita Harian dan Harian Metro sebagai rakan media rasmi serta Xtra dan Oh Bulan! sebagai rakan digital.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUTERI BALQIS

Puteri Balqis Terpaksa Makan Ubat Sebab Trauma Masa Silam

NASHA AZIZ CANTIK

Kaki Bengkak Semasa Pengambaran Talbis Iblis, Nasha Aziz Profesional