Dibina memfokuskan penggunaan untuk aktiviti lasak dan merupakan jam tangan pintar paling berkuasa pernah dihasilkan oleh Apple buat masa ini.
Apple Watch Ultra hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza dengan skrin yang lebih besar. Terdapat butang tambahan baharu yang dikenali sebagai Action Button yang terletak di bahagian kiri jam. Mempunyai Digital Crown dengan saiz yang lebih besar dan terdapat 3 mikrofon serta pembesar suara.
Hadir dengan sokongan selular sepenuhnya dengan kerangka dari titanium bersaiz 49mm. Selain itu, mempunyai sokongan GPS yang sangat tepat melalui bantuan L1+L5 GPS.
Ciri lain yang turut hadir pada Apple Watch Ultra adalah seperti pemantauan suhu, pemantauan denyutan nadi, pemantauan tahap oksigen dalam darah, penarafan WR100, penarafan EN1339 dan sebagainya.
Bagi yang berminat, Apple Watch Ultra kini boleh mula dibeli di Malaysia dengan harga RM3,799, ditawarkan dalam satu pilihan warna dan satu varian sahaja iaitu dengan sokongan selular. Namun, ia menawarkan pelbagai pilihan warna tali jam dengan harga RM399.