AVON MEMPERKENALKAN ULTRA MOISTURE RICH MOISTURE SEDUCTION LIPSTIK
Pelembap & Warna Memukau Dalam Satu Gincu
Memperkenalkan inovasi penemuan dalam gincu, Ultra Moisture Rich Moisture Seduction Lipstik 3g. Gincu yang menggabungkan warna berkrim mewah dengan perapi berhidrat untuk warna-warna ceria dan melembap hingga ke dalam.
Apabila bercakap mengenai gincu, AVON percaya bahawa wanita tidak perlu berkorban untuk memilih antara pelembap dan warna. Maka, kerana itulah Ultra Moisture Rich Moisture Seduction Lipstik dari AVON ini telah menggabungkan kompleks akua sutera untuk membantu menyimpan pelembab bersama pigmen bercas warna untuk memberikan warna yang ceria dan mewah.
Menepati gaya hidup wanita masa kini yang sentiasa sibuk, gincu berpelembap dengan SPF 15 unik ini adalah sebab untuk anda tidak perlu memakai pelembap bibir lagi.
“Cara paling baik agar bibir nampak mongel adalah dengan menggunakan gincu yang berpelembap,” jelas Zulfazli Suhadi, Jurusolek selebriti Avon. “Malah, dengan penghidrat tambahan, pigmen hebat dan SPF15 dalam rumusannya, membantu menjadikan bibir kelihatan dan berasa hebat sepanjang hari.”
Rumusan penemuan istimewa dari AVON ini hebat mengadun warna dan pelembap, menjadikan bibir kelihatan lebih memukau dan menawan. Ianya boleh didapati dalam 10 warna-warna menggoda.
Ultra Moisture Rich Moisture Seduction Lipstik dari AVON ini akan dipasarkan bermula 1 Jun 2011. Hubungi Wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon terdekat untuk mendapatkannya. Untuk maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari www.my.avon.com