Setelah mencatat kejayaan musim pertamanya, drama ‘online’ pertama Malaysia Kerana Karina kini kembali dengan menjanjikan kisah lebih menarik dengan barisan bintang popular yang lebih ramai didapati secara ekslusif di portal hiburan dan gaya hidup yang terhebat, gua.com.my (GUA)!
Tahun lalu, GUA telah memperkenalkan Kerana Karina yang menampilkan format drama ‘online’ yang unik melalui musim pertamanya. Setiap episod dikarya dengan teliti dan dipersembahkan dalam hanya lima minit melalui penyampaian plot yang padat dan terus memberi persoalan di minda penonton pada penghujung setiap episod.
Format baru ini terbukti memberi impak hebat yang membuat penonton tidak sabar menunggu sambungan setiap episod baru. Kerana Karina mewujudkan suatu yang mengujakan dalam dunia online sehingga berjaya mencatatkan hampir satu juta tontonan (page views) di penghujung siri, sebuah kejayaan diluar jangkaan namun membanggakan bagi inisiatif pertama GUA dalam penerbitan drama ‘online’.
Kerana Karina 2 kini penuh yakin untuk mengulangi kejayaan sama, didukung dengan sokongan padu sebuah jenama terkenal KOA Laurier yang teleh memberi sepenuh sokongan dan kepercayaan terhadap penerbitan Kerana Karina 2. Semenjak diperkenalkan pada tahun 1982, KAO Laurier sehingga kini menjadi jenama kegemaran wanita di seluruh Asia.
“GUA amat berbangga untuk berkerjasama dengan salah sebuah jenama paling dikenali di Asia. Kepercayaan yang diberi KAO Laurier umpama menyuntik semangat serta keyakinan bagi kami untuk terus berusaha menerbitkan lebih banyak projek ‘online’ baru yang unik seperti Kerana Karina disamping mendorong kami untuk terus memberi kandungan berkualiti terbaik,” kata En M. Zulkifli Abdul Jalil, Pengurus Besar Portal Gaya Hidup Alt Media Sdn Bhd.
Karina Karina 2 yang merupakan sambungan daripada kesudahan siri pertamanya, menyaksikan Karina, seorang penyanyi popular yang beralih arah ke bidang lakonan pula. Musim terbaru ini bakal menyaksikan Karina tenggelam dalam tekanan dan mainan emosi, yang membawanya kepada pengaruh negatif yang hampir menjatuhkan kariernya. Walaupun Imran, kekasih hatinya kembali meraih cinta Karina, kemunculan seorang lagi penyanyi wanita baru beserta perubahan sikap Karina, mewujudkan ketegangan dalam hubungan cinta mereka. Kesudahan tragis menanti para peminat drama ini.
Siri drama dibawah arahan Aidilfitri Mohamed Yunos masih mengekalkan barisan bintang glamor yang asal iaitu Marsha Londoh, Sazzy Falak, Zizan Nin, Chelsia Ng, Bell Ngasri dan sifu muzik, Roslan Aziz. Para pelakon asal ini amat berbangga kerana turut menjadi sebahagian catatan sejarah drama online pertama negara melalui Kerana Karina 1 dan dengan besar hatinya terus sudi untuk terus meneraju Kerana Karina 2.
Kerana Karina 2 turut memperkenalkan muka-muka baru melalui karakter baru yang diwujudkan bagi menghasilkan drama yang lebih mantap. Pelakon kacak Norman Hakim yang memainkan peranan sebagai pelakon lelaki utama dalam filem terbaru Karina juga memberi ancaman dalam hubungan cintanya dengan Imran, lakonan Zizan Nin. Turut tampil adalah pelakon Diana Rafar yang memegang peranan sebagai jurucakap atau publicist Karina. Dan dua muka baru yang telah dilahirkan dari program bakat realiti ialah Nabil, dari Mentor dan Tunku Tiara dari One In A Million. Nabil memainkan watak sebagai adik Sherina (Sazzy Falak) manakala Tiara berperanan sebagai pendatang baru dalam dunia nyanyian yang menjadi saingan hebat kepada Karina.
Tiara turut menonjolkan bakat nyanyiannya dengan menyanyikan lagu tema soundtrack Kerana Karina 2 berjudul Tiada Sekali hasil ciptaan komposer dan penulis lirik terkenal Johan Nawawi dan M Zulkifli. Album soundtrack digital bakal dilancarkan dan para peminat dapat memuat turun secara ekslusif di www.guamuzik.com.my (GUAMUZIK) bermula 16hb Mei 2008. GUAMUZIK sebuah portal muzik online, merupakan sebuah lagi inisiatif menarik dari GUA yang baru dilancarkan.
Drama 24 episod ini bakal ditayangkan secara ekslusif bermula 16hb Mei 2008 dengan episod baru setiap Isnin, Rabu dan Jumaat. Kedua-dua pihak, GUA dan juga KAO Laurier selaku penaja amat teruja dengan projek baru ini dan mengharap kejayaan yang lebih mantap.
“Kami, di KAO Laurier selaku penaja amat berbesar hati dengan kolaborasi bersama GUA yang membuktikan bahawa jenama ini turut berkembang seiring dengan trend online masa kini. Inisiatif penerbitan Kerana Karina amat bagus dan kami yakin Kerana Karina 2 bakal menerima respon paling memberangsangkan dari konsumer yang mahir internet kini,” kata Fong Su Peng, Pengurus Jenama KAO Laurier.
Kerana Karina 2 bukan sahaja dapat ditonton di www.gua.com.my tetapi juga boleh ditonton melalui telefon mudah alih 3G di GUA Mobile. Cuma lakukan panggilan video dengan mendail *32223 dan ianya boleh ditonton dimana-mana dan bila-bila masa.
Permintaan terhadap tontonan drama Kerana Karina amat mengagumkan walaupun telah mengakhiri musim pertamanya, GUA terus mengambil peluang menerbitkannya dalam format DVD pula. Inisiatif yang diambil adalah bukti penghargaan terhadap peminat Kerana Karina oleh pihak GUA secara langsung. Siri dalam DVD ini telah disunting menjadi drama penuh disamping kandungan tambahan termasuk muzik video lagu tema Yang Mana nyanyian Marsha Londoh dan juga galeri gambar belakang tabir Kerana Karina. DVD ini boleh didapati di pasaran bermula awal Jun 2008 dengan harga RM13.90.
Sewaktu pelancarannya di Kafe BIJOU di Mont Kiara, wakil media diberi peluang untuk menyaksikan trailer dan juga episode pilot Kerana Karina 2. Kesemua barisan pelakon bersama seluruh crew produksi belakang tabir Kerana Karina 2 turut hadir untuk bertemu media dan menjawab segala pertanyaan.
MENGENAI KAO LAURIER
KAO Laurier dilancarkan di Jepun pada 1978 sebagai pengeluar tuala wanita pertama dengan penyerapan polimer. Dalam tahun 1982 ianya diperkenalkan di negara Asia yang lain, dan seterusnya menjadi jenama kegemaran wanita seluruh Asia. KAO memperkenalkan Laurier yang mementingkan keselesaan kepada golongan wanita agar mereka dapat membina keyakinan menjadi diri sendiri, tanpa menghalang apa jua perkara yang ingin dilakukan dalam hidup. Komitmen berterusan KAO Laurier dalam penyelidikan dan pembangunannya bagi mengeluarkan produk berkualiti yang mampu memenuhi kehendak wanita moden.
[tags]paris exposed, album hadiah daripada, Album Launch, ct gemuk, dolly parton, datuk siti nurhaliza, destinasi cinta, download lagu siti nurhaliza, fashion designer, fesyen terkini siti, forum siti nurhaliza[/tags]