in , ,

“Nuafal Macam Abang Saya,” – Nuha Ditanya Tentang Boyfriend

Penyanyi, Nuha Bahrin mengakui dia tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dengan rakan duetnya dalam lagu Casablanca, Naufal Azrin.

Kata Nuha, hubungan dia dan Naufal ibarat seorang abang dengan adik dan mereka berdua selesa sekadar bergelar kawan.

Buat masa ini, kami selesa berkawan. Tapi tak adalah saya ‘friend zone’ dia,” katanya.

Nuha ditemui usai sidang akhbar Ijab & Qabul Wedding Expo di Hotel Tabung Haji, Kelana Jaya di sini petang tadi.

Pada majlis tersebut, pasangan duet sensasi itu diumumkan sebagai duta ekspo pengantin tersebut yang bakal berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam pada 23 hingga 25 September ini.

Sementara itu, Naufal memberitahu, buat masa ini, dia hanya ingin fokus kepada kerjaya seninya dan tidak mahu memeningkan kepala memikirkan tentang perkahwinan atau teman istimewa.

“Kerjaya seni saya pun baru bermula. Buat masa ini saya tak boleh nak komen pasal teman istimewa apatah lagi perkahwinan.

“Saya mahu beri tumpuan kepada bidang ini dan keluarga saya sahaja,”

– nuha

Terdahulu, sekeping foto memaparkan Nuha dan Naufal segak mengenakan busana pengantin berona putih tular dalam media sosial hingga menjadi persoalan dan tanda tanya netizen.

Sebelum ini, kedua-dua nama penyanyi muda itu tular dan meraih populariti hingga ke Indonesia disebabkan lagu hit mereka. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MIRACLE

Dari Syarikat Kecil, Kini Miracle Group of Companies  Terus Berkembang & Sukses

Genggam Trofi AIM Umpama Mimpi – Ernie Zakri Bolot Dua Trofi