Janna Nick memohon maaf kerana memalukan pentas berprestij, Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) apabila ‘miming’ ketika membuat persembahan di majlis itu yang berlangsung di auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, malam tadi.
Janna berkata, peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi- penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang sudah lama dinantikannya.
Menang Video Muzik Terbaik, Lagu GATAL Janna Nick Terima DKD RM20,000
Bagi kategori Video Muzik Terbaik, lagu Gatal milik Janna Nick menerima DKD RM20,000.
Menerusi satu perkongsian video di Instagram, Janna mengakui dia sememangnya miming ketika di membuat persembahan di pentas AIM23.
Memohon maaf di atas tindakannya yang memalukan itu, Janna menjelaskan dia mengalami masalah dengan suaranya apabila dijangkiti virus hingga kehilangan suara ketika di Jakarta dua minggu lepas.
Janna berkata, peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi- penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang sememang dinantikannya.
“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu.
“Saya meneruskan penggambaran drama Melastik Ke Hatimu 2, kerja kerja di Jakarta dan memenuhi undangan di Singapura walaupun sudah dinasihatkan doktor untuk berehat.
“Tanpa saya sedar pilihan saya memakan diri. Terima kasih kepada pihak pengurusan Warner Music sebab sama-sama usaha kembalikan suara saya,” tulisnya.
Janna membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi paparan di Instagram. Malah, dia juga pulang lebih awal sejurus selepas persembahannya di AIM23 kerana keadaan kesihatannya kurang mengizinkan.
Penyayi lagu Gatal itu turut menyesal kesulitan yang dianggap mengganggu perjalanan acara berprestij yang dihadiri penggiat muzik tempatan itu.
Terdahulu, Janna yang tiba di Jakarta, Isnin minggu lalu terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di sana selepas mengalami masalah kesihatan.
Janna bagaimanapun tidak memperincikan penyakit dan rawatan yang diterima di negara itu.
Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, Janna memberitahu kesihatannya terganggu disebabkan pernah dijangkiti virus influenza selain bekerja tanpa henti.