Program tawaran gaya hidup terkemuka di Asean, airasia rewards membawa pulang dua anugerah pada Loyalty & Engagement Awards 2022 baru-baru ini untuk program kesetiaan gaya hidup komprehensifnya yang direka untuk menarik, mengekalkan dan menghargai ahli dan kakitangannya.
Dan untuk berkongsi kegembiraan dan perayaan dengan semua pengguna airasia Super App, airasia rewards akan memulakan Super Members’ Week sulungnya dengan satu minggu yang penuh dengan pelbagai tawaran ganjaran dan penjimatan setiap hari untuk semua ahli dari 15-21 Ogos 2022.
Ong Wai Fong, Ketua Pegawai Kesetiaan, airasia rewards, berkata, “Kami benar-benar gembira kerana usaha berterusan kami untuk meningkatkan dan mencipta semula penawaran produk kami diiktiraf oleh rakan industri. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli airasia atas kesetiaan dan sokongan mereka, dan tidak lupa kepada pasukan di airasia rewards atas semua usaha dan kerja keras mereka.
“Sebagai tanda terima kasih di atas sokongan berterusan daripada ahli airasia, kami sentiasa meningkatkan dan mencipta semula produk kami dengan matlamat berterusan untuk memberikan nilai yang lebih baik serta lebih banyak pilihan kepada para ahli untuk memperoleh dan menggunakan airasia poin. Dengan berlangsungnya Super Members’ Week pada setiap bulan, ahli kami boleh memperoleh airasia poin tambahan dengan setiap transaksi di airasia Super App. Nilai penebusan yang lebih tinggi juga bermakna para ahli boleh menikmati penjimatan yang lebih apabila mereka menebus tawaran dan membayar pembelian mereka dengan menggunakan airasia poin, di samping memperoleh faedah dan ganjaran tambahan yang lain.â€
airasia rewards menerima Perak untuk Program Kesetiaan Terbaik (E-dagang) dan Gangsa untuk Program Kesetiaan Berasaskan Kad Terbaik pada edisi kesembilan penyampaian anugerah tersebut di Singapura pada 12 Ogos.
Loyalty & Engagement Awards adalah satu-satunya acara di rantau Asia Pasifik yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada kesetiaan dan penglibatan pelanggan. Anugerah tahunan ini bertujuan untuk merit program dan skim yang paling berkesan, inovatif dan berbaloi. 43 kategori yang meliputi asas penglibatan yang lebih luas dan skim kesetiaan dibuka untuk penyerahan tahun ini.
Promosi Super Members’ Week ini merupakan peluang keemasan untuk pengguna airasia Super App menikmati ganjaran dan faedah terhebat. Tawaran eksklusif untuk semua ahli airasia ini bakal berlangsung selama tujuh hari berturut-turut mulai 15-21 Ogos 2022 dan seterusnya, pada setiap minggu kedua terakhir setiap bulan.
Begini cara ahli airasia boleh mendapatkan yang terbaik daripada keahlian airasia rewards mereka.
Tebus 50 airasia poin untuk bayaran RM1*
Sepanjang tempoh promosi, para ahli akan menikmati penebusan istimewa iaitu 50 airasia poin untuk bayaran RM1 (kadar biasa 125 airasia poin untuk bayaran RM1). Jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati penjimatan ekstra apabila anda menggunakan airasia poin untuk membayar semua transaksi di airasia Super App.
Sempena sambutan pelancaran promosi Super Members’ Week, selain daripada faedah dan penjimatan ekstra sepanjang minggu, ahli airasia juga boleh menikmati ganjaran tambahan** seperti berikut:
- airasia xchange
- Kumpul 3X airasia poin apabila anda menukar mata kesetiaan lain kepada airasia poin dengan serta-merta (terhad pada 10,000 airasia poin bonus setiap ahli, dengan jumlah 5 juta airasia poin bonus sepanjang tempoh promosi).
- Tawaran airasia rewards
- Dapatkan 50% bonus pulangan poin airasia dengan setiap penebusan baucar Santan atau airasia ride.
- Kad hadiah airasia poin
- Dapatkan 20% bonus pulangan poin airasia dengan setiap pembelian kad hadiah.
- Pemegang kad kredit airasia
- Kumpul 6X airasia poin untuk setiap transaksi tempahan penerbangan AirAsia.
Ikuti perkembangan dan tawaran terkini daripada airasia rewards dan airasia Super App di Facebook dan Instagram (@airasiarewards dan @airasiasuperapp). Untuk pengalaman yang lancar dan lebih baik, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.
*Promosi tidak sah untuk penerbangan AirAsia, IKHLAS dan Wi-Fi dalam penerbangan
**Tertakluk pada terma dan syarat