Pada 3 September yang akan datang, Bandaraya Melaka bakal digegarkan dengan tampilan 8 (lapan) bintang terkenal Malaysia yang akan persembahkan persembahan nyanyian mereka dan kali ini iaitu pada 3 September 2022 malam yang penuh gemilang juga akan didatangkan bersama muzik yang pasti bertenaga.
‘Konsert Rakyat Melaka’ yang akan bersiaran dari jam 6 petang hingga tengah malam dijadualkan berlangsung di Melaka International Trade Centre (MITC) bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Yang Di-Pertua Negeri Tun Seri Setia, Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam ke-73.
Jojo Events, selaku penganjur konsert akan menggabungkan 6 (enam) bintang lagenda bersama bintang-bintang baharu untuk menyampaikan persembahan.
Konsert ini juga menampilkan penghibur ‘rock’ dan ‘pop’ yang cukup gah, diketuai oleh ‘Papa Rock’ Ramli Sarip dan ‘Ratu Rock’ Ella. Dekad demi dekad, keduanya tidak dinafikan kehebatan bahawa mereka mempunyai peminat setia serta mampu mengekalkan pangkalan peminat juga berkebolehan untuk menarik lebih ramai lagi.
Turut menjadi penghibur utama iaitu kumpulan muzik lagenda berusia 53 tahun, Alleycats yang diketuai David Arumugam. Seorang yang amat disayangi dan dihormati dek kerana ilmu kesenian dan juga ketahanan dalam menyampaikan suatu persembahan.
Penghibur yang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Penghibur yang akan bersama kali ini boleh dikategori sebagai ‘emas’, DJ Dave dan Jamal Abdillah yang dikenali keistimewaannya dalam persada muzik tanah air berjaya membentuk mereka melakar salah satu kisah kejayaan terbesar hiburan Malaysia.
Persembahan lain juga akan dihadiri antaranya penggiat seni yang cukup berbakat serta cemerlang di Malaysia iaitu bekas pemenang Malaysian Idol Jaclyn Victor, kumpulan rock retro Kugiran Masdo dimana mereka bermain seni secara klasik dengan penuh girang dan kekal mengolah lagu baharu dalam semangat yang sama. Juga gandingan hebat suami-isteri Syamel dan Ernie membawa gaya muzik lembut yang tersendiri.
Penghibur yang ditampilkan akan mempersembahkan 5 (lima) lagu dan ini bermakna peminat boleh nantikan malam hits klasik dan carta hebat semasa.
Sebahagian daripada mereka akan menyampaikan persembahan dalam suasana orkestra yang mengagumkan diiringi oleh 13 buah orkestra dari Institut Warisan Melaka.
Pemilik Jojo Events, Tan Sri Datuk Seri Syed Mohd Yusof Tun Syed Nasir menyifatkan konsert ini sebagai, “Melakar sejarah muzik di Melaka yang bersejarah”. Mengulas lanjut, beliau gembira dapat membawa koleksi nama besar di bawah satu bumbung di Melaka buat kali pertama.
“Dengan pelbagai kategori artis dan genre muzik, ada sesuatu untuk dinikmati semua orang”.
“Persembahan ini tidak akan mudah untuk dilupakan kerana barisan penghibur adalah sebahagian harta di hati kami”.
Tan Sri Syed Mohd Yusof berkata, kejayaan konsert ini akan mendorongnya untuk menjadikannya sebagai salah satu acara tahunan yang paling ditunggu-tunggu dalam kalendar pelancongan, budaya dan hiburan Melaka.
“Selain menyeronokkan, konsert ini menawarkan pelbagai manfaat ekonomi dan sosial kepada masyarakat serta wajar untuk mengatakan acara sebegitu memupuk kebanggaan masyarakat, mengukuhkan kasih sayang, perpaduan dan muhibbah serta mengajar orang perkara baharu,” katanya.
Tiket bagi Konsert Rakyat Melaka berharga antara RM50 dan RM100 dan akan mula dijual mulai 10 Ogos, menerusi RedTix.