in , ,

Apple Dijangka Fokuskan September Untuk iPhone Dan Apple Watch

Apple sedia mengadakan acara tahunan mereka pada bulan September dalam memperkenalkan pelbagai perkara baharu, termasuk pengenalan iPhone baharu.

Kini, dalam memudahkan lagi proses pengenalan, Bloomberg menyasarkan Apple memecahkan fokus mereka kepada dua bulan, iaitu September dan Oktober.

Pada bulan September, Apple dijangka memfokuskan kepada siri iPhone 14 baharu, termasuk iOS 16 yang akan menjananya. Disamping itu, Apple juga akan memberikan perhatian kepada jam tangan pintar mereka, Apple Watch Series 8.

Sementara iPad pula dijangka akan menjadi fokus pada bulan Oktober kelak, bersama-sama iPad OS 16. Perkara ini juga selari dengan desas-desus mengatakan pengenalan iPad OS 16 ditangguhkan ke Oktober sebelum ini. Bulan Oktober juga dijangka akan turut memfokuskan kepada penawaran Mac.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi proses pemasaran, dan tidak membuatkan sesuatu peranti tidak mendapat liputan sepenuhnya.

Seperti biasa, sama-sama kita nantiikan sebulan lagi untuk menyaksikan kejutan yang disediakan oleh Apple.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Saya Tertekan Sebab Netizen, Saya Give Up,” – Elyana

Ambank Mengaktifkan Laman Penawaran Apple Pay Di Malaysia