Selepas mengumumkan mengenai perceraian mereka di Instagram, ruangan komen media sosial Mizz Nina dipenuhi dengan kata-kata semangat serta sokongan buatnya.
Setakat ini, perkongsian Mizz Nina mengenai perceraiannya itu mendapat lebih 289 ribu tanda suka dan lebih 13 ribu komen.
Hasil tinjauan, antara rakan selebriti yang memberikan kata-kata semangat ialah Nur Fazura, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Nazeera, Puan Sri Tiara Jacquelina, Che Puan Sarimah Ibrahim, Vivy Yusof dan ramai lagi.
Dalam pada itu, ribuan netizen yang turut bersedih dengan berita itu turut mendoakan agar Nina dan Noh diberikan kekuatan untuk berdepan ujian tersebut.
Semalam, hangat diperkatakan apabila Mizz Nina dan Noh dikatakan bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu di Mahkamah Syariah Daerah Gombak Timur. Pada malamnya, kedua-duanya mengesahkan mengenai perceraian mereka di Instagram masing-masing.