Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Puteri Sarah yang menitipkan sokongan buat Nina di Insta Story.
Menerusi entri itu, Puteri Sarah berkata dia merupakan peminat Mizz Nina serta mendoakan agar wanita itu diberikan kekuatan menempuh ujian tersebut.
“Sentiasa mengidolakan awak. Semoga terus kuat. Sesungguhnya, Allah ada bersama orang-orang yang sabar,” tulisnya.
Sementara itu, perkongsian Mizz Nina mengenai perceraiannya semalam mendapat lebih 13 ribu komen daripada netizen dan rakan artis yang memberikan kata-kata sokongan kepadanya.
Semalam, hangat diperkatakan apabila Mizz Nina dan Noh dikatakan bercerai talak satu pada 3 Ogos lalu di Mahkamah Syariah Daerah Gombak Timur. Pada malamnya, kedua-duanya mengesahkan mengenai perceraian mereka di Instagram masing-masing.