in , ,

Sandiaga Lancar Kerjasama Richworks Bimbing Usahawan Indonesia 

RichWorks kongsi kepakaran dengan 200 usahawan di Jakarta

Permulaan tahun baru dalam kalendar Islam baik buat RichWork  International Sdn. Bhd., bila dapat bersama sekitar 200 usahawan terutama dalam ekonomi kreatif di ibu negara Indonesia, semalam. 

Pengasas dan mentor usahawan jutawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, mengambil semangat Awal Muharram, pihaknya bersama RichWorks Indonesia berbesar hati untuk menjalankan sesi bisnes coaching bersama usahawan ini.

Katanya, RichWorks bersedia membantu mana-mana pihak dalam  berkongsi kepakaran dan membimbing bangsa usahawan.

Richwork

“Sesi ini rentetan daripada Bangkit Bisnis Dari Krisis yang dijalankan 16 Julai lalu hasil inisiatif dan kerjasama strategik Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif (Kemenparekraf) dibawah kepimpinan Bapak Dr Sandiaga Uno. 

“Meskipun sesi dalam sehari saja, saya sempat memberikan gambaran jelas dan tunjuk ajar penting buat usahawan di sini berkembang lagi walaupun ketika krisis,” katanya kepada wartawan di sini, hari ini.

Richwork

Tambah Azizan, kerjasama bersama Kemenparekraf itu juga akan menjadi satu titik tolak perubahan sejarah hubungan Malaysia- Indonesia terutama dari segi penyatuan ekonomi dan kebangkitan nusantara, insyaAllah. 

“Saya dan RichWorks berasa bangga dan  bersedia menyokong perkembangan bisnes kepada lebih 30 juta perusahan kecil dan sederhana (PKS) untuk menjadikan greater Indonesia pada 2025. 

“Indonesia mempunyai peluang pasaran yang besar dengan populasi orang berjumlah 279.5 juta, insyaAllah,” ujarnya

Sementara itu, Sandiaga secara live bersama Azizan dan peserta-peserta menyambut baik kerjasama RichWorks  dalam berkongsikan kepakaran membina usahawan dari zero to hero. 

Katanya, RichWorks dilihat berupaya membantu usahawan mengembangkan bisnes. 

Richwork

“Ingatkan pengalaman saya, pernah dipecat kerja ketika krisis ekonomi. Namun dapat bangkit dari zero dengan kerja keras, tuntas ikhlas, alhamdulillah jadi hero. 

“Lihat bimbingan Azizan juga sangat terbukti dengan melahirkan ramai usahawan Titanium (permentoran RichWorks) dengan jualan pada tahun lalu berjumlah RM3.2 bilion,” jelasnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Musim Baru HBO Drama Siri Perdana INDUSTRY  2 Ogos Di HBO

Sekian Lama Aim Menyepi Sejak 2016, AIM23 Kembali Dengan Pembaharuan