in , ,

Wow! Seronoknya Bersantai Seperti BTS: Estet IN THE SOOP Kini di Airbnb

* Percutian eksklusif untuk berehat dan bersantai di kawasan desa di tempat penginapan BTS semasa penggambaran kandungan asal HYBE.

Penginapan yang luas ini akan memberi peluang untuk tetamu menikmati keindahan alam semula jadi PyeongChang di Korea Selatan terletak di sebuah kawasan pergunungan yang terkenal dengan hutan rimba dan pemandangan puncak bukit yang saujana mata memandang.

Berita baik untuk peminat K-Pop! Penginapan luas di mana ikon pop abad ke-21, BTS, menginap semasa penggambaran kandungan asal HYBE iaitu     IN THE SOOP BTS ver. Season 2, kini di Airbnb untuk penginapan semalaman buat julung-julung kalinya. Tetamu akan berpeluang untuk mencari ketenangan di kawasan desa yang subur menghijau di rantau Gangwon, Korea Selatan – seperti yang dilakukan oleh tujuh ahli tersebut sambil berehat dan menikmati kehidupan seharian dalam kandungan asal terbitan HYBE. 

Airbnb BTS IN THE SOOP - Living Room

Semasa musim kedua IN THE SOOP BTS, ahli kumpulan tersebut mengalami momen-momen santai dan mendekatkan diri dengan alam semula jadi di tengah-tengah kesibukan jadual mereka. Tetamu akan menginap di kediaman ini yang merupakan sebahagian daripada estet yang lebih besar, akan berpeluang mengalami semula momen-momen IN THE SOOP BTS kegemaran mereka, seperti:

  • Membaca buku di bilik bacaan seperti RM atau bersantai gaya Jin di atas pelampung berbentuk unikorn di kolam renang      
  • Mencari inspirasi kreatif dan bermain gitar seperti SUGA, berswafoto dengan Polaroid seperti j-hope atau melukis di atas kanvas seperti V       
  • Untuk hiburan yang lebih bertenaga, buat senaman beberat seperti Jimin, terbang tinggi dengan trampolin seperti Jung Kook atau lantunkan bola di gelanggang bola keranjang seperti Bam iaitu anjing peliharaan Jung Kook

Mengenai penginapan ini

Penginapan satu malam* pada 29 Ogos dengan harga hanya $7** – akan memberi peluang untuk dua tetamu bertuah menyelami pelbagai elemen yang dinikmati oleh kumpulan K-pop itu semasa mereka berada di penginapan ini beberapa bulan yang lalu, termasuk: 

  • Beberapa perabot dan kemudahan yang sama seperti dalam rancangan tersebut supaya tetamu benar-benar dapat mengalami gaya hidup BTS
  • Sebuah mesin karaoke, sistem bunyi serta semua lagu dan album hit BTS, termasuk “Permission to Dance”, “Butter” dan album baharu keluaran mereka, Proof
  • Hidangan yang disediakan khas seperti daging lembu Korea yang di panggang dengan arang (yang disebut oleh kumpulan tersebut sebagai “rasa yang lazat di dunia” dalam rancangan itu), dan tteokbokki, atausajian kuih beras rebus. Dan juga tart telur yang dihasilkan oleh Bang & Bakers yang kini disajikan di HYBE INSIGHT, muzium muzik HYBE.
Airbnb BTS IN THE SOOP - Exterior

Cara untuk menempah

Tetamu boleh memohon untuk menempah penginapan ini bermula pada hari Selasa, 2 Ogos dari 11 pagi KST (Selasa, 2 Ogos pada 10 pagi MYT) di airbnb.com/inthesoopbts. Tetamu bertanggungjawab untuk merancang perjalanan mereka sendiri ke dan dari Seoul, Korea Selatan. Pengangkutan kereta ulang-alik akan disediakan untuk perjalanan 20 minit dari stesen KTX PyeongChang ke penginapan IN THE SOOP BTS.

Walaupun hanya satu penginapan semalaman akan ditawarkan, “geok jeong ma” (“jangan bimbang” dalam bahasa Korea) – peminat akan berpeluang untuk melihat penginapan IN THE SOOP BTS semasa menginap di penyenaraian lain yang berhampiran dengan penginapan ini tidak lama lagi.

Bagi mereka yang ingin menemui penginapan serupa yang dikelilingi oleh alam semula jadi, Airbnb baru-baru ini memperkenalkan cara baharu untuk mencari dan menemui penginapan seperti ini melalui Kategori Airbnb. Dengan 200,000 penginapan kawasan desa yang tersedia di seluruh dunia dan terdapat banyak percutian yang diilhamkan oleh “in the soop” (terjemahan bahasa Melayu → “Di dalam hutan”) . 

Mereka yang berhasrat untuk menginap di IN THE SOOP BTS ver. ‘Pyeongchang’ Filming Location, diharap maklum bahawa peraturan penginapan ini mewajibkan pematuhan peraturan dan garis panduan tempatan yang berkenaan serta Amalan Keselamatan COVID-19 Airbnb, termasuk memakai pelitup muka dan mengamalkan penjarakan sosial mengikut ketetapan undang-undang atau garis panduan tempatan. Kakitangan yang berkerja di kawasan tersebut juga akan mematuhi peraturan dan garis panduan tempatan semasa di lokasi, dan akan mematuhi proses lima langkah pembersihan kami.      

*Penginapan satu malam ini tersedia untuk seorang peserta dan rakan tetamu mereka, dan ia bukan satu pertandingan. 

**Ditambah cukai dan yuran

Airbnb memantau kadar jangkitan COVID-19 dan polisi kerajaan Korea dengan teliti dan akan menawarkan kredit perjalanan Airbnb bernilai USD1,000 kepada tetamu yang menempah jika Airbnb mendapati perlu untuk membatalkan penginapan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HUAWEI Launches the Latest Flagship Products in APAC Smart Office Launch 2022 

Hitman Solutions Bakal Anjur JUBIN NAUTIYAL: LIVE IN MALAYSIA