Suaminya, Syamsul Yusof dikatakan ada hubungan dengan orang ketiga iaitu wanita bernama Ira Kazar.
Secara terbuka, Puteri Sarah Liyana telahpun mendedahkan nama Ira Kazar di laman media sosial, malahan telah pun membawa kes ini ke mahkamah.
Sedang dalam proses pembicaraan, kes rumah tangga mereka, seringkali mendapat perhatian ramai.
Antara yang menjadi topic juga ialah hubungan antara Puteri Sarah Liyana dengan keluarga mertuanya terutama ibu bapa Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Menerusi satu posting pada hari ini, hari Rabu, Datin Patimah Ismail ada muatnaik satu gambar terbarunya sedang menjamu selera, makan tengah hari.
Apa yang menarik perhatian ialah wanita disisinya iaitu kehadiran menantunya, Puteri Sarah Liyana.
Ibu kepada Syamsul Yusof dilihat pergi makan tengah hari bersama Puteri Sarah Liyana.
Caption di gambar yang ditulis oleh Datin Patimah ialah dia amat bersyukur dan makan bersama menantunya, dan turut menulis bahawa Puteri Sarah masih lagi isteri kepada anaknya itu.
Melihat ruangan komen, Puteri Sarah telah hadir dan memberi sedikit komen di gambar berkenaan.
Ini yang ditulis secara ringkas oleh Puteri Sarah kepada ibu mertuanya itu: “Sayang mama.”
Sememangnya gambar ini mendapat banyak perhatian dari netizen di luar sana. Antara komen dari orang ramai ialah betapa bertuahnya Puteri Sarah dapat keluarga mertua yang menyokong dirinya.
“Bertuahnya badan dapat ibu mertua yang amat supportive macam ni.”
“Bagus betul Datin, siap dah bagi tahu itu isteri siapa.”
“Semoga bahagia selalu, untuk Datin sekeluarga.”
Ramai yang juga dilihat mendoakan agar keluarga Datin Patimah, terutama Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akan mendapat kebahagiaan.