Idea Asal : Yb Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Penerbit : Den Wahab
Pengarah Persembahan : Lokman Ghani
Pengarah Muzik : Eddie Marzuki
Skrip : Ad Samad
VIDEO SEKITAR PELANCARAN KONSERT UNTUKMU LOLOQ
VISI & MISI
Menghargai sumbangan mereka yang terbabit di belakang tabir di dalam industri kreatif khasnya penulis-penulis lirik lagu di Malaysia sekaligus meletakkan mereka yang bergiat di belakang tabir setaraf dengan rakan seperjuangan di negara-negara maju.
Menyebarkan dan berkongsi nilai-nilai positif dari perjuangan penulis-penulis lirik di dalam membudayakan masyarakat di dalam karya-karya mereka.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) serta Kementerian Pertahanan (MinDef) buat pertama kalinya akan bergabung menganjurkan Konsert Untukmu Loloq bagi menghargai penulis lirik, Allahyarham Loloq di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 22 hingga 24 April ini.
Menurut Ketua Pengarah IB, Mohamed Juhari Shaarani, konsert dengan kerjasama Badan Kesenian MinDef dan Global Network Entertainment Sdn. Bhd. itu diilhamkan oleh Menteri KPKK, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Sebuah konsert tribute UNTUKMU LOLOQ merupakan penghargaan buat insan bernama Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq. Insan seni luar biasa, penulis lirik, skrip, pelakon dan epitome seorang seniman. Bait-bait kata yang diukirnya di atas kertas, indah diluahkan dari bibir penyanyi, lalu dilantun dan meresap di jiwa rakyat melata.
Beliau sebagai pencetus minda. Dialah rebel, reformist, fashiionista, trendsetter, sufi, mistik, penyajak, bahasawan, budayawan dan pecinta. Karyanya tidak henti menyeru dan mencabar akal bangsa untuk berfikir, bergerak dan bertindak. Karyanya bukan sekadar suara kontemporari, namun akan terus bergema dari generasi ke generasi.
Hasnol membawa watak Loloq
Menampilkan artis-artis terkemuka Negara seperti M.Nasir, Ramli Sarip, Ella dan kumpulan Spider. Tidak ketinggalan Hasnul Rahmat yang akan melakonkan beberapa sketsa memegang watak sebagai Loloq.
Persembahan akan dimulakan dengan overture medley lagu-lagu popular yang akan disampaikan oleh kumpulan koir. Persembahan akan diselang selikan dengan sketsa dan pesembahan nyayian daripada artis-artis tersebut. Antara lagu-lagu yang akan disampaikan adalah NURI nyanyian Ella, SYAIR LAILA MAJNUN (Ramli Sarip), CINTA DEWA DEWI (Spider), GHAZAL UNTUK RABIAH (M.Nasir & Ramli Sarip) dan banyak lagi.
Diakhir persembahan, kesemua artis yang terlibat akan bergabung menyanyikan lagu MENTERA SEMERAH PADI (finale).
Pelancaran Konsert “Untuk Mu Loloq” ” Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 22, 23 dan 24hb April 2011 ini dipersembahkan dengan kerjasama antara Global Network Entertainment Sdn Bhd selaku penerbit, Istana Budaya, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Badan Kesenian Mindef dari Kementerian Pertahanan.
Bagai Irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan, lirik juga memainkan peranan yang amat penting di dalam menentukan penerimaan peminat keatas satu-satu lagu itu.
justeru itu konsert ‘Untukmu Loloq’ ini adalah manifestasi keprihatinan dan keinsafan terhadap erti perjuangan seni dalam membudayakan masyarakat oleh sekelompok insan yang bergelar “penulis lirik’ yang diasaskan atas tautan seni. Sebagai insan yang kehidupannya diwarnai oleh keindahan irama, lagu dan lirik yang telah disumbangkan oleh insan istimewa ini, marilah kita sama-sama menyemai rasa pri- hatin dan rasa penghargaan ke atas perjuangan yang mereka rintis.
Tidak dilupakan juga, penghargaan harus diberikan kepada YB Dato’ Sri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta kepada YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi cetusan idea, peluang, kerjasama dan tunjuk ajar dalam menjayakan rancangan yang bukan kecil erti nya kepada industri hiburan tanahair tetapi satu penghargaan yang besar dan ulung kali di jayakan.
Tidak lupa juga kepada Puan Hariah dan rakan-rakan artis, wargakerja Istana Budaya, Badan Kesenian Mindef dan Global Network Entertainment yang sudi mengembeling tenaga di dalam menjayakan konsert ini.
“M. Nasir”
Senarai Lagu Yang Didendangkan Ialah:
- Wak Jono
- Andalusia
- Apokalips
- Mentera Semerah Padi (Duet Bersama Ella & Ramli Sarip
“Ella”
Senarai Lagu Yang Didendangkan Ialah:
- Nuri
- Layar Impian
- Bagaikan Puteri
- Dunia Batinku
“Ramli Sarip”
Senarai Lagu Yang Didendangkan Ialah:
- Syair Laila
- Majnun
- Bonda
- Gazal Untuk Rabiah (Duet Bersama M.Nasir)
“Spider”
Senarai Lagu Yang Didendangkan Ialah:
- Kasih Latifah
- Aladin
- Laukku Cukup Masin
- Cinta Dewa Dewi
- Katalis
“Kumpulan Koir”
Senarai Lagu Yang Didendangkan Ialah :
- Nafas Cahaya
- Kias Fangsuri
- Kau Yang Bernama Seri
- Lagu Jiwa Lagu Cinta
- Laila Namamu Teratas
- Cinta Sakti
- Nur Nilam Sari
- Revolusi Mental
Konsert dengan tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM295 dan RM450 itu akan dijayakan Ramli Sarip, Ella dan Tam Spider selain persembahan istimewa isteri Allahyarham, Hariah Yaakob, 39, serta anak bongsunya, Yasha, 10, menerusi puisi berjudul Papa Jangan Kau Pergi.
Pihak Istana Budaya bercadang untuk menyerahkan sebahagian kutipan tiket itu akan disumbangkan kepada tiga anak Allahyarham Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis yang meninggal dunia 30 Januari 2008 bagi membiayai pelajaran mereka.
Pengarah Istana Budaya
Ramli Sarip
Den Wahab
Isteri Loloq
Dato’ M. Nasir
Ella
Eddie Marzuki