in

Sekitar Majlis Minum Petang Eksklusif Hari Ibu Datuk Sharifah Aini

Pada 11 Mei 2008, Ahad lalu, Budiey telah berkunjung ke Hotel Legend, Kuala Lumpur untuk meraikan Hari Ibu di Majlis Minum Petang Eksklusif Hari Bonda – Datuk Sharifah Aini.

Tepat jam 3 petang, Dee, pelawak dan pelakon memulakan celotehnya sebagai hos…. Budiey kira lawak Dee yang spontan sedikit sebanyak dapat membantu untuk menggamatkan lagi persembahan selama lebih 2 jam itu.

Yang penting… Dee telah 4 kali bersalin baju sedangkan Kak Pah baru je sekali tukar baju. Kata Dee, masa Kak Pah suruh jadi emcee, Dee lembik lutut untuk pilih dan pakai baju apa untuk show. Mesti banyak benar koleksi baju show Dee dalam almari ni kan? Sebab Budiey perhatikan, Dee akan pakai baju berlainan untuk setiap show yang dikendalikan olehnya.

Petang itu, Sharifah Aini menggayakan 2 pasang dress rekaan dari pereka Calvin Thoo. Memang lawalah!

Dee juga turut buat gimik dengan meniru gaya Datuk Sharifah Aini dan nyanyi secara miming untuk lagu Kau Pergi Tanpa Pesan.

Sebelum persembahan bermula, Dee menjemput hadirin untuk menjamu selera. Antara menu sajian yang disajikan oleh Hotel Legend ialah Mini Croisant Tuna Sandwiches, Quiche Lorraine, mee siam istimewa, Tempura chicken Nugget, vegetable spring roll, roti jala dengan kuah kari ayam, assorted french pastries, fruit tartlets, assorted malay kuih, buhan segar, dan kopi tea.

Lebih 500 orang peminat telah memenuhi Dewan Ballroom untuk meraikan Hari Bonda bersama Datuk Sharifah Aini. Turut hadir penyanyi Fazley menemani ibunya. Khabarnya, Fazley masih belum mempunyai anak. Mungkin masih tidak ada rezeki lagi kot.

Apabila ditanya oleh Dee, Fazley minat dengan suara Kak Pah dan mengganggap Kak Pah adalah seorang penyanyi lagenda. Boleh dikatakan semua lagu-lagu Kak Pah dihafal. Apa tidaknya, Fazley juga membesar dengan lagu-lagu Kak Pah.

Sejurus beliau mengucapkan hari ibu buat ibunya yang turut hadir, penyanyi yang berusia 54 tahun itu memulakan persembahan dengan lagu Mama, Kasihnya Ibu, Ayah dan Ibu (Allahyarham Sudirman) serta Seri Dewi Malam.

“Dalam hidup, kita semua ada cerita…” Kata-kata penghibur ini begitu dalam maksudnya. Ternyata, beliau suka bercerita di dalam persembahannya. Kak Pah tidak lokek untuk menceritakan dan berkongsi pengalaman pahit bersama peminat bersama lagu-lagu yang dinyanyikan. Ketulusan hati terpancar dari raut wajah Kak Pah tatkala berkongsi cerita peribadinya.

Sharifah Aini juga ada menujukan sebuah lagu cinta yang mendayu-dayu buat Ali Bakar, suami pertamanya. Lagu Putus Kasih pula dinyanyikan buat anaknya, Alif. Namun, jika diteliti bait liriknya, semacam lagu ini mengembalikan saat-saat perpisahannya dengan suaminya.

Budiey pun tak pasti, mengapa suasana agak kurang hangat sedangkan yang datang semuanya peminat fanatik Sharifah Aini. Mungkin diorang ni segan atau mungkin suasana begitu hambar pada mulanya. Sehinggakan Kak Pah meminta dan merayu berkali-kali daripada penonton agar turut bertepuk tangan. Mungkin juga penonton kekenyangan atau tema pada petang ini agak sentimental, membuatkan penonton agak pasif. Yelah, kalau dah banyak lagu-lagu tribute untuk ibu, pastinya akan meruntun perasaan penonton. Budiey perhatikan ramai juga yang menitis air mata sebab lagu-lagunya buat kita mengenang kembali jasa ibu kita.

Yang pasti, Sharifah AIni seorang yang peka dengan sambutan dan reaksi daripada hadirin. Sekiranya yang datang diam, mesti ada sesuatu yang kurang sempurna dalam persembahannya.

Ada peminat yang mahukan Kak Pah membawa lagu yang pernah popular di zaman 70 an, antaranya sebuah lagu saduran yang menjadi kegemaran Kak Pah, Lagu Kenangan Indah. Sebuah lagu rancak temponya.

Kak Pah kemudian turun dari pentas untuk beramah mesra dan bersalaman dengan peminatnya. Lalu, membawa lagu tahun 70 an, Hapuslah Airmata. Ketika di zaman kegemilangannya, Kak Pah dianggap pokok kurma tetapi sekarang dah jadi pokok kelapa? Huhu!

Lagu yang sinonim dengan karier Kak Pah seperti Terbang Helang, Que Sera Sera dan beberapa lagu lain turut dinyanyikan. Kak Pah juga turut mengundang seorang peminat untuk menyanyi bersamanya.

Cabutan bertuah juga diadakan dengan memberikan pelbagai hadiah sumbangan daripada penaja Pensonic, Gerlain, Beaubelle, Smart Tag dan banyak lagi.

Lagu nostalgia bagi Budiey, Mawar Putih Untuk Mama, Bunga Tanjung, Empat Dara didendangkan untuk menunaikan permintaan ramai. Bagi Budiey, lagu-lagu ini bagaikan lagu wajib. Kalau tak nyanyi memang tak sah!

Menjelang ulangtahun ke-40 tahun pembabitannya di persada seni muzik, persembahan hari ibu pada hari ini begitu istimewa dan Kak Pah mahu meraikan ulangtahun itu bersama peminatnya. 40 tahun adalah satu tempoh yang panjang dan pastinya banyak onak duri telah ditempuh dan pengalaman telah ditimba. Kak Pah turut menangis tatkala menceritakan kesusahan bapanya seorang pemandu teksi yang banyak berkorban membesarkannya.

Datuk Sharifah Aini juga turut berkongsi dengan peminat tentang album sempena 40 tahun penglibatannya dalam industri muzik. Dua buah album akan dihasilkan sebelum beliau berundur dari menjadi penyanyi. Khabarnya, Kak pah sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk menjayakan projek album ke-99 ini.

Selain album, Kak Pah juga sedang merancang untuk mengadakan konsert untuk peminat di PWTC.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

My Best Pals @ Asian Hour 8TV

Gossip: Elaine Daily Dah Ada Anak Ikan Baru?