in , ,

Mawi Beri Penjelasan Mat Kilau Belum Untung Walaupun Kutip RM12Juta

Dalam tempoh 4 hari, filem terbaru Syamsul Yusof Mat Kilau telah berjaya mengutip lebih RM12 juta, satu jumlah kutipan yang cukup banyak. Dengan modal pembikinan hampir RM8 juta, sudah tentu ramai netizen beranggapan Mat Kilau sudah mencapai fasa keuntungan. 

Namun, bagi penerbit dan pengarah, Mawi, kutipan tersebut masih belum memberi keuntungan, apatah lagi pulangan modal kepada pihak penerbit dan pengeluar filem Mat Kilau, Studio Kembara, kerana beberapa faktor tertentu. 

Mawi Beri Penjelasan Mat Kilau Belum Untung Walaupun Kutip RM12Juta

Dalam perkongsian video di TikTok, Mawi menjelaskan beberapa sebab kenapa Mat Kilau belum mendapat keuntungan sedangan filem tersebut telah mengutip RM12 juta pada minggu pertama tayangannya. 

Ramai juga yang cakap ‘wau! RM 12 juta, dah balik modal-lah ni. Modal filem Mat Kilau RM8 juta sahaja, jadi bila sudah kutip RM12 juta, bermaksud sudah balik modal. Oklah tu, cukuplah tu, RM8 juta [modal], kutip RM12 juta’. Mereka nampak sudah ada untung RM4 juta,” ujar Mawi dalam video terbarunya. 

“Benda ini ramai yang tidak tahu. Kalau kita kutip RM12 juta, bermaksud dengan modal RM8 juta dari penerbit, sebenarnya kita masih belum balik modal,” sambungnya lagi. 

Menurut penjelasan Mawi, sebab kenapa penerbit masih belum mendapat pulangan modal walaupun filem sudah menjangkau kutipan jutaan ringgit adalah kerana cukai hiburan yang dikenakan kerajaan dan perjanjian diantara penerbit dan pihak panggung wayang. 

“Apabila filem kita ditayangkan di pawagam, contohnya saya ambil kutipan RM1 juta, pertama sekali, kita kena bayar cukai hiburan sebanyak 25%. Jadi kalau kutipan RM1 juta, kena bayar cukai hiburan sebanyak 25% atau RM250,000.”

“Baki RM750,00, contoh tayangan pada minggu pertama, perjanjian penerbit dengan pihak panggung wayang, pembahagian [keuntungan] adalah 50%-50%, bermaksud separuh dari baki kutipan. Dari baki tersebut, pihak panggung wayang dapat 50% dan pihak penerbit dapat 50% [dari baki keuntungan],”

Bagi filem Mat Kilau, ini bermaksud, 25% dari jumlah kutipan sebanyak RM12 juta, iaitu RM3 juta, akan dibayar kepada kerajaan sebagai cukai hiburan. Bakinya, sebanyak RM9 juta akan dibahagi diantara pihak penerbit dan panggung wayang, dimana pihak penerbit hanya menerima RM4.5 juta. 

Dalam erti kata lain, kutipan RM12 juta belum menjamin pulangan modal kepada pihak penerbit, dan mereka perlu mencari sekurang-kurangnya RM3.5 juta lagi untuk mendapat pulangan modal, atau mungkin lebih bagi menampung kos pemasaran sebelum mereka dapat mencatatkan keuntungan. 

Dalam video itu lagi, Mawi menyarankan orang ramai untuk terus menyokong filem Mat Kilau di pawagam agar filem tersebut dapat mencatatkan keuntungan.

Filem epik sejarah tempatan ini turut dibintangi Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan As’ari (Yassin).

Selain itu juga, ia turut menampilkan beberapa pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali, Namron, Shaharuddin Thamby, Ellie Suriaty, Farah Ahmad dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

==

Sedikit nota pendek setelah menonton Mat Kilau:

1. Pesta exposition non-stop, siap pass baton di antara watak walaupun sebenarnya teks ceramah tu 1 je

2. Pembinaan plot & provokasi emosi mmg style classic 80s/90s DTV action movies (i.e Van Damme, Billy Blanks, Cannon Films etc)

3. Cara scene aksi & fight dirakam & disunting bagaikan KL Gangster cosplay pahlawan Melayu dulu2, so berhenti berharap anda akan dapat sajian tarian koreografi aksi & kamera seperti The Raid, or even Scott Adkins DTV classics mcm Ninja 2: Shadow Of A Tear dan Undisputed III. Nak sampai level Geran & Wira pun masih jauh ketinggalan lagi dari segi aksi.

4. Pantomime villain berjambang blonde mcm kena celup inai ditulis & dilakonkan seperti beliau org jahat di dalam filem2 aksi Thailand gred B around the time of the first Ong Bak movie (masih ingatkah anda dgn filem2 mcm BKO Bangkok Knockout atau Power Kids?)

5. Dah la estetika KL Gangster sudah pasti memunculkan diri, tetiba ceramah ala Munafik pun byk membuat cameo, maka jadilah Mat Kilau ni bagaikan sebuah showreel/greatest hits segala taktik2 trademark tuan pengarah kita abam Syamsul Yusof.

Tapi jgn salah faham ya, saya tetap enjoy dan membiarkan jiwa saya dibuai emosi semasa menonton Kilau Gangster ni, sbb saya mmg enjoy menonton all those cheesy 80s/90s action classics mcm Lionheart, Showdown, No Retreat No Surrender etc.

So jgn terpedaya dgn hype yg mengatakan filem ni bertaraf antarabangsa kelas A yg award winning punya, sbb kalau tgk trailer pun dah jelas yg Mat Kilau ni adalah sejenis cheesy action movie, dan itulah yg Syamsul Yusof bagi kat kita pun, dia tak menipu, dan mmg layan pun cerita ni as a B-grade action atau cult movie.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DJ Lin Menang Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai Buat Kali Kedua

Gabungan Padu Elizabeth Tan Feat. Zynakal Dalam Single Berjudul NARSIS