in , ,

Elifa Loy Berkongsi Sebab-sebab Beliau Suka Pergi Ke Hong Kong

Buah hati Malaysia, Elfira Loy telah menyambut anak keduanya pada 20 Mei yang lepas. Pelakon yang berusia 28 tahun itu telah berkecimpung dalam industri perfileman Malaysia sejak berusia 12 tahun, beliau juga merupakan seorang penyampai TV, usahawan dan ikon sosial.

Elfira merupakan seorang ibu yang bangga kepada anaknya Rayyan, yang berusia 3 tahun. Ini jelas daripada perkongsian media sosialnya menunjukkan Elfira sentiasa membuat keputusan yang mengutamakan keluarganya; daripada rutin harian seperti berkongsi detik-detik yang berharga, memilih pilihan makanan yang sihat dan aktiviti riadah seperti memilih destinasi pelancongan yang mesra keluarga serta Muslim.

Dengan norma sosial yang kini kembali, Elfira telah meluangkan Hari Raya yang lalu bersama keluarga dan rakan-rakan yang terdekat. Pelancongan ke luar negara telah dibenarkan, Elfira pula mengimbau kembali masa ketika beliau pergi melancong sebelum pandemik.

Saya merupakan seorang Hong Kong Super Fans…

Elfira juga seorang Hong Kong Super Fans, iaitu sebuah komuniti yang dimulakan oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (Hong Kong Tourism Board, HKTB). Pengaruh media sosial (KOLs) yang berminat terhadap Hong Kong akan direkrut untuk berkongsi pengalaman mereka di bandar itu sebagai salah satu rancangan pasca Covid Lembaga Pelancongan Hong Kong.

Elfira telah melancong ke Hong Kong sebanyak tiga kali; pada tahun 2010, 2013 dan 2018. “Ia bukan sahaja tempat kegemaran saya untuk dikunjungi namun setiap perjalanan saya di Hong Kong adalah pengalaman yang paling bermakna bagi saya,” beliau berkata.

Elifa Loy Berkongsi Sebab-sebab Beliau Suka Pergi Ke Hong Kong

Elfira Loy bersama adik-beradiknya di Hong Kong Disneyland pada lawatan pertamanya ke Hong Kong

“Lawatan Hong Kong pertama saya adalah pada tahun 2010 bersama keluarga saya. Saya masih muda ketika itu, jadi saya tidak ingat secara khusus, tetapi saya masih ingat kami berjalan-jalan di  Hong Kong dan menikmati makanan halal yang ditemui oleh ibu bapa saya. Perkara yang terbaik ketika lawatan itu adalah kami dapat menghabiskan sepanjang masa di Hong Kong Disneyland, saya dan adik-beradik berasa sangat seronok ketika itu!”

Lawatan kedua saya pula adalah ketika saya berumur 19 tahun dan ini merupakan percutian yang paling bermakna bagi saya kerana kami empat beradik dapat mengembara ke luar negara buat pertama kali tanpa ibu bapa kami. Kami berempat mengunjungi Hong Kong untuk penggambaran Destinasi Ria. Kami sangat teruja untuk pergi ke Disneyland Hong Kong!” beliau mengingati semula. 

Elfira berkongsi mereka menginap di hotel dan meluangkan seharian di Hong Kong Disneyland kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan untuk mereka solat dan mencari makanan halal. Selain itu, mereka turut menjelajah sekitar bandar Hong Kong pada waktu malam dengan Big Bus Tours. “Saya masih ingat betapa menakjubkannya kami dapat melawat sekitar bandar Hong Kong dan melihat cahaya berkilauan dari bangunan di sekitar kawasan Kowloon. Kami sangat terpesona dengan pemandangan panorama cahaya di bandar Hong Kong.”

Elifa Loy Berkongsi Sebab-sebab Beliau Suka Pergi Ke Hong Kong

Elfira Loy dan adik perempuannya, Ezlisa Loy di jalan Tsim Sha Tsui, sebuah daerah beli-belah berhampiran Pelabuhan Victoria

Elifa Loy Berkongsi Sebab-sebab Beliau Suka Pergi Ke Hong Kong

Elfira Loy di Hotel Langham, sebuah tempat percutian mewah di daerah Tsim Sha Tsui yang sibuk

Elfira berasa selesa sebagai seorang pelancong Muslim di Hong Kong. Beliau menyatakan Hong Kong merupakan salah satu destinasi yang paling mudah untuk mengunjung, terutamanya dengan pelbagai kemudahan untuk  pelancong Muslim.

“Kami berasa sangat selesa ketika berada di Hong Kong kerana tidak perlu bersusah payah untuk mencari makanan atau kemudahan yang halal, terasa seperti berada di Malaysia sahaja. Malah terdapat juga komuniti Islam yang besar di Hong Kong, di mana kami boleh meminta bantuan dengan mudah.”

Seramai 300,00 orang yang menetap di Hong Kong adalah sebahagian daripada komuniti Islam di Hong Kong. Oleh sebab itu, Hong Kong mempunyai masjid-masjid yang sangat mengagumkan serta mempunyai sejarah tersendiri menjadikan ia mercu tanda pelancongan yang popular. Hong Kong juga mempunyai pelbagai pilihan kedai makan, kedai dan pasaraya yang Halal. 

“Terdapat banyak makanan Halal yang boleh ditemui dengan mudah di Hong Kong. Salah satu tempat makan kegemaran saya di Hong Kong ialah Islam Food di Bandar Kowloon. Apa yang patut dipesan? Goulash daging lembu mereka adalah yang TERBAIK!”

Elifa Loy Berkongsi Sebab-sebab Beliau Suka Pergi Ke Hong Kong
Goulash daging lembu yang terkenal dari Makanan Islam Bandar Kowloon.

Selain itu, kedai makan halal kegemaran Elfira di Hong Kong ialah Islamic Center Canteen di Masjid al Amar, yang terkenal dengan dimsum halal dan makanan Kantonis. “Ini adalah dua tempat yang wajib saya pergi untuk menjamu selera setiap kali saya berkunjung ke Hong Kong.”

.

Elifa Loy Berkongsi Sebab-sebab Beliau Suka Pergi Ke Hong Kong

Elfira Loy menaiki feri Star menuju ke Pelabuhan Victoria untuk melawat Masjid Jamia

Elifa Loy Berkongsi Sebab-sebab Beliau Suka Pergi Ke Hong Kong
Elfira Loy menyambut hari lahirnya di Hong Kong

“Lawatan terakhir saya ke Hong Kong adalah pada tahun 2018. Saya berasa sangat senang di sana kerana ia terasa seperti rumah kedua saya. Kami pergi ke sana untuk tujuan bekerja, tetapi lawatan itu sangat istimewa bagi saya kerana saya dapat menyambut hari lahir saya yang ke-24 di sana. Saya berada dalam mod pelancongan penuh ketika itu kerana saya melawat Sky100, menaiki Star Ferry untuk melawat Masjid Jamia, saya juga melawat masjid terbesar di Hong Kong iaitu Masjid Kowloon. Saya dan juga adik perempuan saya, Ezlisa Loy sempat pergi ke The Peak dengan menaiki trem untuk melihat landskap Hong Kong yang menakjubkan pada siang hari serta melawat Avenue of Stars pada waktu petang untuk menyelami latar langit malam Hong Kong dan menikmati pertunjukan cahaya. 

Masjid Jamia, masjid tertua di bandar yang dibina pada tahun 1849 sememangnya berfungsi sebagai oasis bagi umat Islam Hong Kong

Elifa Loy Berkongsi Sebab-sebab Beliau Suka Pergi Ke Hong Kong

Selain daripada melawat Islam Food dan Islam Centre Canteen saya juga banyak membeli-belah di sana,” mengusiknya.

Sebagai seorang isteri dan ibu, Elfira perlu merancang dengan lebih teliti bagi keperluan keluarga kecilnya, seperti jadual perjalanan yang perlu diatur mengikut waktu solat, jadual makan dan juga aktiviti mengikut minat setiap ahli keluarga. 

“Inilah sebabnya saya berasa Hong Kong adalah salah satu tempat yang terbaik untuk pelancong Muslim. Dengan makanan halal yang mudah didapati, masjid yang mengagumkan untuk beribadah, dan kemudahan surau yang dilengkapi di taman tema, ia benar-benar memudahkan.” 

Elifa Loy Berkongsi Sebab-sebab Beliau Suka Pergi Ke Hong Kong

Bagi yang berminat untuk melancong, sama ada anda suka kehidupan bandar atau alam semula jadi, taman tema atau muzium, makanan jalanan atau santapan premium, Hong Kong memberikan anda yang terbaik kerana dapat menikmati semua pilihan itu!

Elfira Loy, menghargai ciri Hong Kong antara bandar dan alam semula jadi di The Peak sebagai salah satu tempat Instagram

“Saya pasti akan kembali untuk kali keempat. Terutama dengan keluarga saya yang semakin bertambah, Hong Kong adalah pilihan yang terbaik untuk destinasi antarabangsa kerana ia tidak terlalu jauh dan tempoh penerbangan tidak terlalu lama.”

Pelancongan Halal adalah salah satu tumpuan Lembaga Pelancongan Hong Kong dan pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mempromosikan Hong Kong sebagai destinasi pelancongan yang Mesra Muslim. Mulakan perancangan perjalanan halal anda sekarang dan nikmatinya seperti Hong Kong Super Fan kami, Elfira Loy!

Bagi maklumat lanjut sila lawati www.discoverhongkong.com/seasia/explore/muslim-travel.html.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kekasih Azri Beri Ucapan Romantis Sempena Hari Jadi

Review Siri Viu Original SERIBU NINA Dan Menang RM1,000!