Ali, 33, yang merupakan adik kepada arwah Abam mendedahkan dia melalui hidup sukar dan hanya bertahan dengan wang simpanan sendiri untuk menyara perbelanjaan keluarga.
“Sejak awal kes ini mendapat perhatian memang banyak job saya dibatalkan. Selain itu saya tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.
“Saya bergantung kepada duit simpanan sendiri untuk menyara keluarga. Saya harus berjimat cermat kerana ada anak sedang membesar. Bagaimanapun syukur segala kelengkapan masih mencukupi,” katanya kepada mStar.
Akui tertekan dengan situasi yang dilalui, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terpaksa kuat demi meneruskan kehidupan dan menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Dalam masa sama, Ali tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk dia memperbaiki diri sendiri.
Ali anggap apa yang berlaku sebagai ujian.
“Memang ada rasa tertekan kerana saya ada tiga orang anak. Ketika arwah ibu masih hidup saya juga menanggung kos rawatan perubatan. Saya hanya katakan kepada isteri percayalah rezeki akan datang satu hari nanti.
“Saya tidak mahu salahkan sesiapa sebaliknya meletakkan semua kesalahan kepada diri sendiri. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini,” ujarnya.
Sementara itu kata Ali, dia bersedia untuk bersemuka dengan Hidayah bagi menyelesaikan segala kemelut yang melanda antara mereka.
Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa saya yang dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini.
Bagaiamanapun Ali menolak jika ada mana-mana pihak yang sengaja mahu menjadikan kisah mereka berbaik sebagai satu bahan untuk tontonan umum.
“Ada stesen televisyen yang mahu temukan kami, tetapi bagi saya jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak. Biarlah saya lakukan sendiri.
“Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid,” jelasnya.
Hidayah menang kes saman fitn4h terhadap Ali.
Untuk rekod, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang antara lain menggambarkan dia sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.
Setelah hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah memutuskan Hidayah menang kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000.
Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey atau lebih dikenali sebagai Ali Puteh merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara yang juga ahli kumpulan Puteh bersama Mamak dan Man.
Berikut kronologi kejadian saman-menyaman antara Ali Puteh dan kakak iparnya;
1. Allahyarham Abam disahkan meninggal dunia pada 10 Februari 2020.
2. Kontr0versi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan saman terhadap Ali Puteh sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.
3. Pada Mei 2020, Nor Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali Puteh, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagramnya yang antara lain menggambarkan dirinya seorang yang tidak bertanggungjawab.
4. Wanita terbabit memohon ganti rugi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.
Baca juga “Korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan” – Tumor makin membesar, Aaron Aziz tangguh pembedahan
5. Saman yang dibuat Nor Hidayah itu antaranya menuduh Ali Puteh mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.
6. Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.
5. Pada 27 Ogos 2020 lalu, Ali Puteh memfailkan saman terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
6. Dalam saman itu, Ali Puteh bersama bapanya, Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan, ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad dan kakak sulungnya, Sharifah Norwahidah Syed Mohd Ridzuan pada Julai 2020 memfailkan saman fitnah terhadap Aliff Syukri dan Nor Hidayah berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.
7. Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga selaku plaintif.
Terdahulu, Nor Hidayah dan Abam Bocey melangsungkan perkahwinan di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam pada 8 Disember 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia tiga tahun.
Biodata
Pemilik nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey.
Menggunakan nama komersial, Ali Puteh.
Kelahiran Gombak, Selangor pada 1989.
Berumur 31 tahun.
Bergiat dalam dunia hiburan sebagai pelawak, pelakon dan pengacara sejak tahun 2012.
Perjalanan Karier
Bakatnya dicungkil daripada rancangan realiti Raja Lawak musim keenam pada tahun 2012 yang mana ketika itu beliau menganggotai kumpulan Albob bersama abangnya, Abam.
Pada 2013, beliau bertanding dalam program Bintang Mencari Bintang bersama Mohd Daniel Lee dan menggunakan nama ‘Bowl’, menjadi protege kepada pelawak senior, Dato Afdlin Shauki.
Pada 2015, beliau menubuhkan kumpulan Puteh bersama Mamak dan diangkat sebagai naib juara Projek Komedi Warna.
Kejayaannya berterusan di Maharaja Lawak Mega 2016 sebagai pemenang tempat ketiga di peringkat akhir.
Penyertaan bersama Man Raja Lawak sebagai ahli baru Puteh membawa kepada kemenangan trofi juara Maharaja Lawak Mega 2019 sekaligus menjadi kemuncak kerjaya seninya setakat ini.
Lain-lain pencapaian beliau termasuk menduduki tempat kelima Maharaja Lawak Mega 2017 dan tempat keempat Maharaja Lawak Mega 2018.
Kehidupan Peribadi
Merupakan anak kepada pasangan Syed Mohd Ridzuan Al-Juffrey (bapa) dan Rosbiah Arshad (ibu).
Abangnya, Abam Bocey turut bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang pelawak.
Anak keduanya meninggal dunia pada 26 November 2019 ketika dirinya masih berentap di Maharaja Lawak Mega 2019 minggu kelima.
Dugaan baharu menyusul apabila abangnya, Syed Umar Moktar atau Abam Bocey pergi menghadap Ilahi pada 10 Februari 2020 selepas menderita demam panas.