in ,

Indahnya Bersantai di Sheraton Bandung Hotel

Bandung semakin hari semakin membangun dan bandar di Jawa Barat Indonesia ini terus kekal sebagai salah satu destinasi pilihan utama pelancong Malaysia.

Setiap hujung minggu, bandar ini bukan sahaja dipenuhi dengan kemasukan para penduduk dari Jakarta, tapi juga para pengunjung dari Malaysia dan Singapura. Sejajar dengan industri pelancongannya yang terus berkembang, jumlah hotel juga semakin banyak di kota ini.

Namun tidak banyak hotel di sini yang dapat memberikan keindahan suasana pusat kota dan bukit-bukau di suatu lokasi. Sheraton Bandung Hotel & Towers merupakan satu-satunya hotel yang dikelilingi keindahan pergunungan serta pemandangan kota Bandung.

Hotel

Dengan kedudukan strategik yang berdekatan dengan pusat-pusat membeli-belah, perniagaan, hiburan serta padang-padang golf terkemuka, hotel ini pastinya menjadi pilihan tepat buat mereka yang mahukan kemudahan semasa melawat kota Bandung.

Berlandaskan jenama Sheraton yang terkenal di seluruh dunia, hotel ini memberikan perkhidmatan terbaik buat para pengunjungnya. Dilengkapi dengan bilik-bilik yang cantik lagi mewah, pelanggan diberi kebebasan untuk memilih penginapan di bahagian utama hotel ataupun bilik-bilik yang lebih eksklusif di bahagian Towers.

Sheraton Towers menyediakan bilik-bilik khas yang lebih eksklusif dan juga mempunyai ruangan makan petang istimewa buat para penyewa bilik yang ingin menjamu hidangan minum petang sambil menikmati pemandangan pergunungan Bandung di luar jendela.

Hotel ini juga sangat sesuai bagi mereka yang berkeluarga kerana ia mempunyai kemudahan-kemudahan seperti spa kecantikan (Laguna Spa), kolam renang dewasa dan kanak-kanak, Jacuzzi, gelanggang tenis, dan semestinya restoran yang hebat iaitu Feast Restaurant. Feast restaurant menyajikan pelbagai pilihan makanan enak seperti makanan tempatan dan juga hidangan antarabangsa.

Jangan lupa mencuba hidangan khas menu restoran ini pada waktu makan malam hari Sabtu iaitu daging panggang atau roasted ribs mereka yang benar-benar enak!

Selain menghirup udara segar di kawasan tanah tinggi yang lebih sejuk berbanding bahagian tengah pusat kota, anda juga boleh melakukan pelabagai aktiviti lain di sini. Hotel ini juga menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti dewan dan ruangan khas bagi tujuan mesyuarat, seminar, majlis-majlis tertentu dan seumpamanya. Terdapat juga kelas masakan bagi kanak-kanak selain pakej-pakej khas buat menyambut harijadi.

Kesimpulannya, Sheraton Bandung Hotel & Towers memang harus dikunjungi sekiranya anda mahukan kesenangan sewaktu berlibur di Bandung kerana ia menawarkan hanya yang terbaik buat setiap pengunjung!

Hotel
Hotel
SPA Room

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Slot Friday Nite On 2 Sepanjang April 2011

Skim Insentif Tayangan Filem