airasia Super App, salah satu Agensi Pelancongan Dalam Talian (OTA) terkemuka di rantau ini, menganjurkan SUPER Travel Fest buat pertama kalinya secara serantau dengan penyertaan lebih 700 syarikat penerbangan antarabangsa yang terbang ke lebih 3,000 destinasi dan mempromosikan 200,000 hotel di seluruh ASEAN pada platform perjalanannya selama seminggu.
Mulai 17-23 Mei 2022, para pengguna airasia Super App boleh membuat tempahan penerbangan dengan syarikat penerbangan pilihan mereka dengan menekan pada ikon ‘Flights’ dan nikmati diskaun sehingga 50% apabila menggunakan kod promosi SUPERTRAVELS ketika membuat pembayaran.
Dalam tempoh yang sama, para pengguna juga boleh menikmati diskaun sehingga 50% daripada senarai 100 hotel terpilih merentasi 20 destinasi utama di rantau ini dengan menggunakan kod promosi SUPERTRAVELS dengan hanya menekan pada ikon ‘Hotels’ dan label ‘Super Travel’ di airasia Super App. Para pengguna aplikasi juga boleh mendapatkan tawaran terbaik untuk hotel di pelbagai destinasi pelancongan terkenal seperti WOLO Kuala Lumpur, Avani+ Khao Lak Resort Phuket, Astoria Current Boracay, Infinity8 Bali dan banyak lagi melalui promosi istimewa ini.
Ostrova Cheng, Ketua Pengembaraan airasia Super App berkata, “Di airasia Super App, kami sentiasa berinovasi dengan cara baharu dan kreatif dalam memilih tawaran yang terbaik daripada senarai rakan kongsi syarikat penerbangan kami yang semakin bertambah seperti Air New Zealand dan, baru-baru ini, All Nippon Airways. Dengan pembukaan sempadan antarabangsa di seluruh dunia dan orang ramai kembali teruja untuk melancong, kami amat komited dalam menyediakan tawaran pelancongan terbaik buat pengguna Super App kami.”
“Sebagai sebuah platform OTA, airasia Super App sentiasa bekerjasama bersama rakan kongsi syarikat penerbangan dan hotel dalam menampilkan tawaran terbaik daripada mereka pada aplikasi OTA paling pesat membangun di Asean melalui kempen seperti SUPER Travel Fest.”
Pihak yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada platform OTA airasia Super App boleh terus berhubung melalui [email protected] .
Daripada penerbangan ke penginapan hotel dan banyak lagi, ahli kami boleh memperoleh airasia points untuk semua pembelian mereka melalui airasia Super App dan menggunakannya sama seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, barangan runcit dan tawaran gaya hidup dengan rakan kongsi eksklusif kami.
Ikuti perkembangan airasia Super App yang terkini dengan mengikuti akaun @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App anda melalui Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.