Bersiaran secara langsung selama hampir 2 jam dari Auditorium, Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (MATIC) pada pukul 9.00 malam itu telah disiarkan secara eksklusif di saluran Astro 123 dan MyTV 112.
Program debat bersejarah di antara bekas Perdana Menteri dan Presiden PKR yang juga merupakan Ketua Pembangkang itu menyaksikan ’pertembungan sulung’ secara terbuka di antara kedua-dua figura namun berlangsung secara aman dan tanpa provokasi. Ia dihadiri kira-kira 400 orang termasuk tokoh politik, ahli korporat, pakar ekonomi, ahli akademik, mahasiswa selain penyokong kedua-dua pemimpin.
Sesi perdebatan tersebut merangkumi tiga bahagian iaitu bahagian pertama berhubung permasalahan dihadapi syarikat minyak dan gas, Sapura Energy Bhd (SEB), bahagian kedua berkisar tentang ‘Masa Depan Malaysia’ yang merangkumi aspek ekonomi, politik, urus tadbir serta hala tuju negara dan bahagian ketiga dikhususkan untuk sesi soal jawab.
Jumlah ini turut memberi indikasi bahawa rakyat Malaysia menerima pendekatan politik yang lebih matang dan terbuka ini.
Awesome TV secara amnya dan menerusi platform berita terbitannya, Berita 7.57 khususnya akan terus membawakan berita-berita terkini dan laporan-laporan harian yang telus, berinformasi serta dekat dengan rakyat, tanpa berpihak kepada mana-mana pihak. Seiring dengan slogan ’Rakyat Keutamaan Kami’, setiap paparan maklumat yang dibawakan adalah khas untuk rakyat dan menjadi medium utama kepada mereka untuk mendapatkan akses kepada laporan yang adil, telus dan saksama. ”Debat Perdana” merupakan salah satu contoh terbaik program yang ingin disaksikan penonton dan kami di Awesome TV akan memastikan akan ada lebih banyak lagi program-program seumpama ini disiarkan di platform kami di masa hadapan. Terima kasih di atas sokongan anda semua”
Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas berkata, “Kami amat teruja diberikan peluang untuk turut sama menjadi sebahagian dari peristiwa bersejarah ini, yang mana kegembiraan tersebut menjadi berganda apabila rakyat memilih untuk menonton sesi yang julung kalinya diadakan ini di Awesome TV. Kejayaan merekodkan sebanyak sejuta tontonan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa penonton menerima Awesome TV sebagai salah satu wadah maklumat utama pilihan ramai.