in

Dokumentari STANZA di TV9

KEGIGIHAN MENCARI REZEKI MENERUSI STANZA

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih….itulah ungkapan yang sesuai bagi program dokumentari terbaru TV9 ini iaitu Stanza. Setiap kejayaan yang dicapai perlu melalui kesusahan dan setiap permulaan yang disertai dengan usaha kegigihan dan nekad pastinya menerima kejayaan cemerlang. Inilah yang akan ditampilkan menerusi Stanza, iaitu kisah individu-individu yang telah mengecapi kejayaan dengan cara mereka yang tersendiri dan bakal menemui penonton setia TV9 pada setiap hari Selasa jam 9.30 malam bermula 12 April ini.

Haflin

Bersesuaian dengan tajuk program iaitu Stanza, yang membawa maksud ‘rangkap’ atau ‘bait’, program dokumentari ini mengibaratkan kehidupan yang kita lalui ini sebagai rangkap-rangkap cabaran yang diharungi oleh mereka yang kini telahpun berjaya di dalam kehidupan mereka serta mengupas bagaimana kejayaan itu diperolehi supaya menjadi iktibar dan dorongan kepada mereka di luar sana.

Apa yang berlainan tentang program ini adalah ia merupakan sebuah dokumentari berkonsepkan muzikal drama yang pastinya akan menarik minat pelbagai lapisan rakyat Malaysia. Stanza yang mengandungi 13 episod ini bakal mengetengahkan individu-individu yang berjaya mengusahakan lebih dari satu jenis perniagaan atau pekerjaan. Mereka perlu melakukan sesuatu yang dapat menjamin kehidupan mereka sekeluarga mengikut keperluan dan kehendak semasa. Ada antara mereka yang memegang tiga jawatan dalam satu masa. Walaupun pada awalnya agak sukar, namun berkat kesabaran dan kegigihan mereka berjaya menggelarkan mereka sebagai usahawan berjaya.

Ada juga antara mereka yang datang dari keluarga yang berada namun itu bukan alasa bagi mereka untuk tidak berusaha dan bekerja sendiri. Menerusi Stanza, penonoton dapat melihat dan mendengar pengalaman-pengalaman suka dan suka mereka sehingga mencapai kejayaan ini. Bagaimana pula mereka membahagikan masa antara karier, perniagaan, keluarga dan masa untuk diri sendiri?

Stanza kali ini pasti dapat menyuntik semangat kepada anak muda kini untuk mencipta kejayaan sendiri dan mengubah kehidupan lebih berkualiti. Bukan senang untuk menggapai impian tanpa sebarang pengorbanan dan kegigihan. Seperti yang ditunjukkan menerusi episod pertama ini nanti, Stanza menampilkan kehidupan Eddy Abu Zahar, seorang usahawan yang berjaya menjalani tiga perniagaan. Eddy merupakan seorang yang begitu meminati motor berkuasa tinggi berjaya mengendalikan tiga perniagaan berlainan iaitu memiliki sebuah restoran yang diberi nama Restoran Mak Jah, kedai motor chopper Red Garage dan juga kedai aksesori motor chopper yang diberi nama Re Garage. Pada masa yang sama Eddy juga merupakan editor kepada majalah My Chopperz Magazine.

Keluarga Eddy amat memahami minatnya yang lebih ke arah perniagaan dan beliau beruntung kerana mendapat sokongan daripada keluarga. Walaupun minatnya terhadapn motor chopper begitu mendalam, juga turut berkecimpung di dalam perniagaan makanan dan lahirlah Restoran Mak Jah. Setiap kali masuk waktu makan tengahari, restorannya pasti dipenuhi dengan pelanggan setianya. Kelebihan masakan di restoran ini adalah keenakan masakan lauk-pauk yang disediakan kerana rasanya seperti masakan di rumah. Eddy begitu mengambil berat tentang kualiti makanannya supaya pelanggannya berasa puas hati apabila membeli makanan di restorannya. Hubugan dua hala juga penting bagi Eddy dan sentiasa berinteraksi dengan pelanggan untuk meningkatkan lagi perniagaannya.

Jika episod pertama Stanza berkongsikan pengalaman seorang ahli perniagaan berjaya, episod kedua pula bakal menampilkan usahawan wanita berjaya dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Haflin Saiful Azhar merupakan seorang wanita yang cekal berusia 29 tahun yang cekal. Dalam usia semuda itu, beliau kini telah mencebur ke dalam tiga jenis perniagaan iaitu mempunyai syarikat teknologi maklumat sendiri iaitu Megahtron Unik Sdn Bhd bertempat di Kuala Lumpur, Tok Bali Resort dan restoran Red Warior di Kelantan. Selain daripada memiliki empayar perniagaan sendiri, Haflin sempat meluangkan masanya dengan rekreasi bersama kuda kesayangannya bersesuaian dengan minatnya dalam sukan dan aktiviti lasak.

Tidak dinafikan masa amat terhad bagi beliau untuk memantau ketiga-tiga perniagaannya sekaligus apatah lagi aliran perniagaannya berbeza dan lokasinya juga tidak setempat. Itu juga yang diimpikan oleh gadis berwajah ayu ini, mempunyai perniagaan yang pelbagai. Oleh itu, ahli perniagaaan yang berperwatakan agresif ini akan menjenguk ke Tok Bali Resort yang terletak di Kelantan sekurang-kurangnya dua minggu sekali dan jka tidak, orang kanannya di sana akan memaklumkan maklumat terkini dari masa ke semasa dari sana.

Bagi beliau, hubungan akrab antara kakitangan amat penting dalam memastikan perniagaannya sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan. Tanpa sokongan kakitangan, sudah pasti perniagaan yang diceburi tidak akan berjalan dengan lancar. Haflin juga bercadang untuk mengembangkan lagi sayap perniagaannya apabila masa dan keadaan mengizinkan.

ep1 pic 3

Selain daripada Eddy Abu Zahar dan juga Haflin Saiful Azhar ini, Stanza juga turut akan menampilkan beberapa lagi ahli perniagaan yang berjaya dalam bidang yang mereka minati seperti :

1. Wong Pang Chee
• Pemilik Paintball Academy
• Pemilik butik barangan wall climbing
• Perancang Acara

2. Izrin Ismail Zakri
• Pemilik butik baju
• Perancang perkahwinan
• Pemilik kedai buku

3. Chantelle Chuah
• Pemilik agensi modeling
• Pemilik kilang coklat
• Badan kebajikan

4. Farah Othman
• Pemilik sekolah muzik
• Supplier barang
• Pemilik butik baju

Pastinya dokumentari Stanza ini dapat mentuntik semangat mereka di luar sana untuk memulakan sesuatu yang mendatangkan hasil bukan sahaja kepada siri sendiri malahan kepada maysrakat secara keseluruhan.

Dokumentari Stanza ini diterajui oleh Mazlin Nordin sebagai penerbit eksekutifnya dan Mohd Fareed Sharif sebagai penerbitnya. Jangan lupa saksikan aspirasi individu-individu ini dalam Stanza setiap hari Selasa jam 9.30 malam hanya di saluran Di Hatiku.

ep1 pic 4

Haflin di hadapan restorannya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KRU Studios Lancar Muzik Video Lagu Kerek

Pertandingan Karaoke Interpretasi Kisah Cinta