Disebabkan sudah lama tidak dapat pulang ke kampung, ramai orang mengambil kesempatan untuk membuat persiapan Aidilfitri termasuk membeli tiket pulang ke kampung lebih awal. Kebanyakkan syarikat bas sudah kehabisan tiket dan Media Prima Audio (MPA) menerusi rangkaian stesen berbahasa Melayu iaitu Hot FM, Buletin FM dan Molek FM mengambil kesempatan itu untuk menjalankan inisiatif Jom Balik Kampung, bertujuan untuk membantu pendengar yang tidak dapat pulang beraya di kampung disebabkan kehabisan tiket.
Pendengar bertuah ini akan dihantar pulang ke dua lokasi iaitu di sebelah pantai timur dan utara. Pelepasan mereka ini baru sahaja dilaksanakan di pekarangan Sri Pentas, Bandar Utama, bermula jam 9 malam tadi.
Pendengar bertuah, Erniey Sulyana berkata, “Saya rasa sangat bersyukur dan gembira kerana menjadi pendengar terpilih untuk dapat balik ke kampung di Kota Bharu dan yang paling penting dihantar oleh pihak Hot FM, Buletin FM & Molek.
Saya juga nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua dan semoga raya tahun ini lebih bermakna buat semua orang”.
Manakala pendengar bertuah Fitryana yang pulang ke Ipoh, Perak, berkata, “Saya happy sangat sebab dapat sertai peraduan ini dan terpilih untuk dihantar pulang pihak Hot FM dan pastinya selepas 2 tahun akhirnya kita dapat juga pulang ke kampung untuk berhari raya. Dapat juga lah merasa suasana pulang ke kampung tu dan terima kasih buat Hot FM. Di kesempatan ini saya juga nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga saya di Ipoh, Taiping dan Tanjung Karang”.
Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura, berkata, “Tujuan pihak kami mengadakan kempen Jom Balik Kampung ini adalah sebagai usaha murni untuk kami memberi solusi kepada pendengar yang tidak dapat pulang ke kampung ekoran tiket yg telah sold out tempoh hari. Istimewa untuk raya tahun ini, yg mana 2 tahun kita tak dapat beraya di kampung halaman, kami mengambil inisiatif ini utk menghantar pendengar bertuah ni ke kampung halaman masing-masing di utara dan pantai timur. Kami berharap dengan usaha ini dapatkan memberikan keceriaan kepada mereka untuk beraya bersama keluarga tercinta”.
Dengarkan dan saksikan pelbagai program raya menarik sepanjang Aidilfitri ini di Hot FM, Buletin FM & Molek FM, stesen balik kampung anda, disamping ditemani dengan lagu-lagu raya menarik sepanjang raya ini.
Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 88.6FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taiping; 105.0 Terengganu.
Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara siaran langsung di www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 serta Twitter @hotfm976 dan Whatsapp di 017-302 8822. Dengarkan juga Hot FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.
Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.
Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di www.buletinfm.audio dan YouTube Buletin TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FM, Instagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656. Buletin FM juga boleh didengari menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.
Molek FM pula boleh didengari menerusi frekuensi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu.
Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Molek FM secara live streaming di www.molekfm.audio dan YouTube Molek TV. Untuk mengetahui pelbagai info lanjut mengenai Molek FM, boleh terus ikuti laman sosial Molek FM di Facebook Molekfm, Instagram @molekfm TikTok @molekfm dan Twitter @MolekFM serta Whatsapp di 019-336 5656. Dengarkan juga Molek FM menerusi aplikasi Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.
MEDIA PRIMA AUDIO
Media Prima Audio menyasarkan untuk menjadi Penyiar Audio No. 1 di Malaysia menerusi ketiga-tiga vernakular (BM, Inggeris dan Cina) dengan menghasilkan kandungan yang terbaik yang sesuai dengan pendengaran rakyat Malaysia. Syarikat juga mendapat panduan daripada penyelidikan dan analisis berkala terhadap pasaran dan kumpulan sasaran kami, yang membolehkan kami untuk memahami kehendak pendengar dan pengiklan serta mengetahui bagaimana untuk melibatkan diri dalam memberikan informasi serta hiburan. Oleh itu, Media Prima Audio mewakili kelima-lima jenama radio dibawahnya – Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Fly FM dan 8FM. Audio+ juga merupakan sebahagian daripada syarikat mewakili inisiatif pendengaran digital, di mana aplikasi sehenti ini menyokong kelima-lima stesen radio serta audio siar (podcast) dan kandungan menarik yang lain.
HOT FM
Hot FM kini merupakan satu pusat untuk pendengar dapatkan pelbagai hiburan dan maklumat melalui kandungan yang lebih menarik, penceritaan yang lucu dan muzik yang lebih hangat. Dengan slogan baharu, Kini Lebih Muzik Yang Hangat, Hot FM menyasarkan interaksi dengan memfokuskan pendengar utama berusia 24 hingga 35 tahun dengan senarai lagu dan kandungan yang mampu menarik perhatian dan minat mereka. Hot FM sebagai sebuah jenama radio ingin dikenali sebagai sebuah stesen yang menghiburkan, topikal, nyata, terkini dan bertenaga sebagai DNA dalam jenamanya dan berusaha untuk menjadi yang terbaik di luar sana.
BULETIN FM
Buletin FM membawakan kepada anda berita terkini dan analisis untuk memberikan penjelasan yang tepat dalam berkongsi maklumat, sekali gus memberi perkongsian cerita-cerita positif dan akan memainkan muzik yang dikenali ramai sepanjang hari sejajar dengan slogan barunya, Isu Semasa dan Info Terkini. Menyasarkan pendengar yang luas berusia 30 hingga 39 tahun sebagai pendengar sasaran, Buletin FM pastinya akan menjadi sebuah jenama yang dikenali oleh pendengarnya sebagai sebuah stesen yang memberikan informasi yang terkini, boleh dipercayai, relevan, nyata dan positif.
MOLEK FM
Molek FM, Gu Pantai Timur adalah stesen radio yang ANDA perlukan kerana ia bukan sahaja memberikan hiburan dan meraikan komuniti Pantai Timur melalui gaya hidup, warisan dan akan memainkan muzik terbaik yang dikenali ramai, juga menyasarkan tradisi dan keperluan masyarakat setempat, terutamanya pendengar yang menjadi fokus sasaran iaitu mereka yang berusia 24 hingga 34 tahun melalui muzik dan kandungan segmen yang menarik. Molek FM, Gu Pantai Timur akan ke udara menerusi 105.1 FM di Kota Bharu dan 93.6 FM di Kuala Terengganu.