Kepada anda yang teruja untuk membeli telefon bimbit ini, Samsung Galaxy A53 5G lebih mantap lagi dari keluaran sebelumnya. Ini disebabkan chip pemprosen kali ini dikuasakan oleh Exynos 1280 berbanding keluaran siri “A” yang terdahulu menggunakan Qualcomm Snapdragon 778G.
Kali ini, Samsung hanya mempunyai model 5G dan ia kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM1,849.
Sebelum korang membelinya, apa kata kita tengok dulu spesifikasi Samsung Galaxy A53 5G:
- Skrin 6.5-inci HD Penuh + Super AMOLED Infinity-O 120Hz
- Pemproses Exynos 1280
- 8GB RAM
- 256GB storan boleh dikembangkan
- Kamera
Belakang: 64MP utama dengan OIS + 12MP ultra lebar + 5MP makro + 5MP kedalaman
Depan: 32MP - Bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 25W
- IP67
- Warna: Hitam, Putih, Biru, Peach
Jom Kita Tengok Apa Yang Anda Dalam Kotak Pembelian
Seperti keluaran dari keluarga sebelum ini, Galaxy A53 datang dalam kotak berwarna putih dan nipis menandakan tiada kepala pengecas disertakan. Jadi, anda boleh dapatkan dari pihak ketiga ataupun dari Samsung sendiri dengan harga bermula RM59.
Seperti yang ramai jangkakan di mana-mana telefon Samsung sekarang ini, atau boleh dikatakan kesemua telefon pintar yang baru dilancarkan, tidak banyak perkara yang tersedia di dalam kotak. Selain peranti itu sendiri, di dalam kotak hanya menyediakan pin pembuka SIM dan juga kabel pengecas USB-C ke USB-C dan dokumen.
Apabila buka je kotak, kita akan melihat Galaxy A53 terletak di bahagian atas, dan terdapat ruangan kecil di atas untuk ditarik bagi mengangkat telefon.
Balutan plastik telefon menunjukkan tiga ciri utama — Paparan Infinity-O, Quad Camera dengan OIS dan IP67 Water & Dust Resistant.
Ya, Samsung telah mengeluarkan pengecas daripada Galaxy A53, sama seperti siri Galaxy S22. Ia tidak lah mengejutkan, kerana unit sebelum ini pun mengambil langkah yang sama.
Samsung Galaxy A53 5G tersedia dalam empat warna iaitu berwarna Hitam, Putih, Biru dan Peach.
Ciri Utama, Bentuk & Pandangan Pertama
Sebenarnya, dari segi bentuk, Galaxy A53 hampir sama dengan Galaxy S22+, tetapi tidak selebar S22+ memandangkan A53 mempunyai skrin yang lebih kecil. Apabila dipegang, Samsung Galaxy A53 5G ini amat sedap apabila berada dalam genggaman. Ianya sangat ringan dan kelihatan begitu padu di tapak tangan.
Usah terkejut, walaupun mempunyai saiz skrin yang sama dengan Galaxy A52 akan tetapi Galaxy A53 terasa lebih lebar, berbeza jika mengikut ukuran rasmi untuk kedua-dua telefon yang sepatutnya Galaxy A52 lebih lebar. Bagi Budiey, ini memudahkan untuk kita memegangnya dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.
Dengan kekemasan di bahagian belakang untuk A53 yang ternyata rasa lebih kasar berbanding A52 ini dapat membantu untuk memudahkan pengguna untuk menggenggamnya.
Ia mempunyai paparan 6.5-inci Full HD+ Super AMOLED Infinity-O dan mempunyai paparan segaran sebanya 120Hz dan bezelnya lebih tebal daripada Galaxy S22+, itulah sebabnya ia mempunyai faktor bentuk yang hampir sama dengan S22+. Ciri ini menjadikan paparan telefon menjadi lebih menarik dan jitu bila menggunakannya. Ianya juga mempunyai “fitur” cap jari di bahagian bawah paparan skrin.
Jika diperhatikan dari segi reka bentuk, ianya mempunyai penutup plastik “matte” yang licin dan terdapat lengkungan di bahagian sisi badan telefon.
Bahagian sim terletak di bahagian bawah, dengan tanpa apa-apa di bahagian atas.
Ciri yang paling penting iaitu chip pemprosesannya juga perlu kita perhatian juga. Samsung Galaxy A 53 5g ini telefon pintar keluaran siri “A” yang pertama dikuasakn oleh chipset baru 5nm Samsung Exynos 1280 dengan ketersambungan talian 5G. Ianya didatangkan dengan 8GB RAM dan ruang simpanan sebanyak 256GB serta menyokong ruang simpanan dengan menggunakan “mico SD” sehingga 1TB.
Galaxy A53 mempunyai empat kamera di bahagian belakang iaitu 64MP utama dengan OIS + 12MP ultra-lebar + 5MP makro + 5MP depth sensor. Sementara kamera hadapan di lengkapi dengan 32 megapixel. Sepertimana telefon-telefon terkini, ia mempunyai bonjol kamera, akan tetapi melalui rekaan yang diberikan ia tidak nampak dengan jelas.
Baterinya juga dinaik tarafkan sehingga 5000mAH, menurut dari pihak Samsung ianya boleh berfungsi selama 2 hari berturut-turut. Jadi, bateri adalah bukan satu masalah utama kerana ia melebihi dari cukup.
Selain itu, telefon ini menyokong “fast charging” atau dengan nama lain cas laju sebanyak 25W dan boleh mencapai 50% bateri dalam kadar 30 minit. “OS” atau “Operating System” telefon ini menggunakan yang paling baru dibina oleh Samsung iaitu “OneUI 4 dan menggunakan “Android” versi 12 yang biasanya diggunakan untuk telefon tier kelas atasan.
Untuk pandangan pertama, boleh kita rumuskan, Samsung Galaxy A53 5G ini lebih menyerlah dari telefon kelas pertengahan yang lain. Peranti ini masih mengekalkan sokongan mikroSD, menjadikan sukar untuk anda mempunyai masalah storan.
Samsung Galaxy A53 adalah peranti pertengahan yang mempunyai beberapa bahagian yang biasanya terdapat di peranti mercu. Antaranya adalah kualiti skrin Super AMOLED yang sangat baik, ketahanan bateri dengan penggunaan bateri 5000mAH ditambah lagi dengan menyokong pengecasan pantas sehingga 25W.
Sesuatu yang perlu diingatkan, bahawa Samsung juga telah menghilangkan bicu audio 3.5mm daripada Galaxy A53. Sambungan aksesori audio kini adalah menerusi bluetooth atau aksesori audio yang berkepala USB-C sahaja.
Samsung Galaxy A53 5G kini boleh didapati di Samsung Online Store, Shopee, dan Lazada, dijual pada harga RM1,849.