Inilah juga yang di ambil peluang untuk penyanyi muda baru , Achik Ukays merakamkan semula lagu raya yang dicipta oleh composer Salman Shariff dan lirik ditulis oleh Khairul Anuar untuk aidilfitri tahun 2022 ini. ‘
“Namun untuk versi terbaru di tahun 2022 lagu ini digubah muziknya kepada rentak yang rancak serta moden dan dirakam untuk penyanyi baru Achik (Ukays) bertajuk BERMAAFAN DI HARI RAYA dengan tujuan agar lagu ini akan terus popular dan boleh disiarkan ketika sambutan Hariraya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha pada setiap tahun,”
– Salman Shariff
Perancangan awal untuk rakaman semula lagu raya ini adalah dari Salman Shariff , composer dan penerbit lagu ini sendiri . Kemudian dibawakan kepada tenaga produksi Luncai Emas untuk menerbitkannya dan memandangkan lagu asal ini oleh Amir ( UK’S), lalu ditawarkan kepada Achik (Ukays) .
Achik (Ukays) sememangnya bergandingan dengan kumpulan Ukays untuk menggantikan vokalis kumpulan mereka menerusi lagu Ukays seperti Terseksa, I Love U I Miss U Raya dan Terpaksa Ku Lepaskan.
“Perasaan saya ketika ditawarkan untuk menyanyi semula lagu raya ni agak bagus lah untuk saya terus menonjol dan kembali aktif semula. Mungkin ada yang fikir saya tidak lagi aktif dalam industri.
Saya masih lagi berada dalam industri tanah air kita dan masih aktif membuat persembahan di luar bersama Ukays.
– Salman Shariff
Achik mendedahkan dia hampir menitiskan air matanya ketika rakaman suara di Studio The Bengkel Artwork . ‘’Saya hampir menitiskan air mata kerana sebuah lagu yang ada kena mengena dengan saya yang sangat bermakna’’ .
Achik sebelum ini pernah muncul single sulungnya dibawah Luncai Emas berjudul Hanya Doa ciptaan Awang BPR dan I.Kay dengan nama pentas Achik Roslan.
Achik Roslan atau Achik Ukays
Achik berkata ‘’Perkembangan saya sekarang saya masih aktif lagi dalam industri . Saya masih aktif keluar show tour satu malaysia bersama Ukays dan anggota asal Ukays Ali , Well dan juga Tokjie . Saya juga masih lagi aktif di media sosial seperti instagram : achikroslan1 dan TikTok : Achikroslanofficiall. ‘’.
Lagu ini juga diterbitkan dalam versi instrumental alunan duet gitar dan flute. Selain lagu BERMAAFAN DI HARI RAYA , Salman Shariff juga adalah komposer dan penerbit bagi lagu hari raya lain iaitu CAHAYA AIDILFITRI (Ramlah Ram), SUASANA HARI RAYA (Zamani Slam), RINDU SYAHDU DI HARI RAYA(Nurul).
Lagu BERMAAFAN DI HARI RAYA ini bakal meriliskan video liriknya di saluran youtube Luncai Emas pada hujung ramadan April ini dan secara jualan digital di platform streaming dan itunes.
Semoga lagu BERMAAFAAN DI HARI RAYA ini mendapat sentuhan di hati peminat di seluruh Malaysia dan menarik perhatian generasi baru juga dalam kemeriahan kita menyambut kehadiran Aidilfitri pada tahun ini dalam suasana norma baharu hidup ini!
LUNCAI EMAS SDN BHD
INFO PRODUKSI
LAGU : BERMAAFAN DI HARI RAYA
ARTIS : ACHIK UKAYS
LAGU / LIRIK : SALMAN SHARIFF / KHAIRUL ANUAR
HAKCIPTA : LUNCAI EMAS SDN BHD / UNIVERSAL MUSIC PUBLISHING
TERBITAN : LUNCAI EMAS SDN BHD
PENERBIT : SALMAN SHARIFF
LAGU / LIRIK : SALMAN SHARIFF / NUAR
VOKAL : ACHIK ROSLAN
FLUTE : MOHAR
KEYBOARD : BELL
GUITAR : SS
BASS : SS
PROGRAMMING : SS
STUDIO : THE BENGKEL AUDIOWERK
BERMAAFAN DI HARI RAYA
Achik Ukays
BERMAAFAN KITA BERSAMA
YANG SILAP KITA LUPAKAN
PERASAAN SAKIT DI HATI
JANGAN SIMPAN DI DALAM HATI
BERSYUKURLAH APA YANG DIKURNIA
DISANA RAMAI KELAPARAN
SEDANG KITA BERSUKA RIA
BERGEMBIRA DI HARI RAYA HARI YANG MULIA
GEMBIRA BERSAMA JAMU SELERA
KETUPAT DAN RENDANG SEDIA TERHIDANG
KU POHONKAN AMPUN PADA SEMUA
SECEBIS KASIH YANG KAU BERI
TAK PERNAH KU TERLUPA SELAMANYA
KU RASA GEMBIRA KITA DAPAT SAMA DI HARI MULIA
KU RASA GEMBIRA KITA DAPAT SAMA BERSYUKURLAH
PADANYA YANG MAHA KUASA…
GEMBIRA BERSAMA JAMU SELERA
KETUPAT DAN RENDANG SEDIA TERHIDANG
KU POHON KAN AMPUN PADA SEMUA
SECEBIS KASIH YANG KAU BERI
TAK PERNAH KU TERLUPA SELAMANYA
BERMAAFAN KITA BERSAMA YANG SILAP KITA LUPAKAN
PERASAAN SAKIT DI HATI JANGAN SIMPAN DI DALAM HATI
BERMAAFAN DI HARI RAYA
BERMAAFAN DI HARI RAYA
Lagu : Salman Shariff
Lirik : Khairul Anuar
Hakcipta : Luncai Emas Sdn Bhd / Universal Music Publishing
P2022 LUNCAI EMAS SDN BHD