in , ,

realme 9 Dilancar Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM829

realme Malaysia telah melancarkan beberapa telefon pintar siri realme 9 sebelum ini dan hari ini syarikat itu telah menambah ahli baharu pada siri ini iaitu realme 9 4G.

Beberapa minggu lalu, Realme telah pun melancarkan Realme 9 4G untuk pasaran India. Realme Malaysia kini secara rasminya memperkenalkan peranti ini untuk pasaran tempatan pula. Peranti ini adalah pilihan lebih mampu milik berbanding Realme 9 Pro+ yang dilancarkan sebelum ini.

Telefon ini dilengkapi cipset Snapdragon 680, kamera utama 108MP, bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W.

Daripada segi luaran, realme 9 4G menampilkan reka bentuk holografik pada bahagian belakang telefon yang bertukar warna apabila cahaya mengenai permukaan pada sudut berbeza dan kalis air.

realme 9 Dilancar Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM829

realme 9 4G menggunakan paparan FHD+ AMOLED 6.4 inci dengan resolusi 1080×2400, menyokong kadar segar semula 90Hz, kadar pensampelan sentuhan 360Hz, 409 PPI, nisbah skrin 90.8%, kecerahan puncak 1000nits dan tahap kecerahan 10240.

realme 9 4G dilengkapi dengan cipset Snapdragon 680, bateri 5000mAh, menyokong pengecasan pantas 33W, menyokong WiFi dwi-jalur, Bluetooth 5.1, GPS dan USB-C. realme 9 4G mempunyai ukuran ketebalan 7.99mm dan berat 178g serta menyokong pengimbas cap jari bawah skrin.

realme 9 4G mempunyai tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 108MP dengan apertur f/1.75 dan lensa 6P, kamera ultra lebar 8MP dengan apertur f/2.2 pada sudut 119° serta kamera makro 2MP dengan apertur f/2.4. Kamera utama menggunakan sensor Samsung ISOCELL HM6.

Ciri kamera termasuk Pemandangan Malam, mod 108MP, mod Pro, Panorama, Potret, Selang Masa, Pergerakan Perlahan, Teks Super, Imbasan AI dan Super Makro. Bahagian hadapan dilengkapi dengan kamera swafoto 16MP.

realme 9 Dilancar Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM829

Spesifikasi lengkap realme 9 4G:

  • Paparan 6.4 inci FHD+AMOLED dengan resolusi 1080×2400, menyokong kadar penyegaran 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz
  • Cipset Snapdragon 680
  • Memori 6/8GB RAM+ 128GB ROM
  • Tiga kamera belakang: 108MP (kamera utama) + 8MP (119° ultra lebar) + 2MP (makro) | Kamera swafoto 16MP
  • Bateri 5000mAh | Menyokong pengecasan pantas 33W
  • Antara muka realme UI 3.0 berdasarkan Android 12
  • Warna: Sunburst Gold, Stargaze White dan Meteor Black

realme 9 4G 6GB+128GB berharga RM899 (promosi harga untuk pelancaran RM829) dan 8GB+128GB berharga RM999.

Menurut realme Malaysia, realme 9 4G akan tersedia secara eksklusif di Shopee mulai 22 April dan di kedai realme di seluruh negara mulai 23 April.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama VIU Original PRETTY LITTLE LIARS Kembali Dengan Musim Kedua

Filem Pendek Raya Samsung REZEKI MEMORI Dirakam Galaxy S22 Ultra